SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKSKP4


Powered by Blogger.

Tuesday, December 1, 2009

KEM ROBOTIK SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN 2009




Kem Robotik Sekolah Rendah peringkat Kebangsaan ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajarran Malaysia dengan Kerjasama Syarikat Sasbadi SDN BHD bertempat di Brisdale Hotel Kuala Lumpur bermula daripada 1 Disember - 3 Disember 2009. Seramai hampir 100 peserta seluruh Malaysia telah menyertai seumpama ini yang pertama kali telah dianjurkan. Bagi SKSKP 4 telah menghantar 3 orang peserta sebagai pendedahan mengenai Robotik ini. Mereka adalah Adik Danial Syamim (Thn 4), Adik Ain Nur Awanis(Thn 4) dan Adik Nur Aqila (THN 5).Diiriingi oleh Pn Norzie Sahelan, Guru Sains. Antara objektif kem ini dianjurkan adalah sebagai pendedahan kepada murid disamping perkongsian ilmu antara pihak SASBADI dan sekolah. Pihak sekolah berharap agar murid ini dapat menimba semaksimum pengalaman disepanjang program ini berlangsung.

Thursday, November 19, 2009

SELAMAT BERCUTI

Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid SKSKP 4. Cuti persekolahan akan bermula pada 21 November 2009 dan murid-murid akan memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari 2010. Jualan buku tulis akan bermula pada 2 Januari 2010. Kutipan sumbangan PIBG bagi kelas Pra sekolah - Tahun 6 juga dibuat pada 2 Januari 2010. Surat iringan jumlah pembayaran sumbangan PIBG dan keperluan sekolah telah diedarkan kepada semua murid.
Pihak sekolah berharap agar para ibubapa dapat mengawasi anak-anak jagaan disepanjang cuti persekolahan bermula.

Wednesday, November 18, 2009

UPSR 2009 SK SERI KOTA PUTERI 4


Seperti yang telah kita sama-sama maklumi, keputusan UPSR 2009 telah diumumkan hari ini.Berikut adalah ringkasan keputusan UPSR bagi murid tahun 6 2009.
PELAJAR 5A
1. DANIAL HAZIQ B AHMAD JAIS
2. FAREESHA BT ABDUL RAZAK
3. KHAIRUL WAJIHAH BT MOHD SHUKRI
4. M. NUR AIMAN B AZMI
5. M. AIMAN B ABDUL GHANI
6. NUR NABILAH BT ASFANDI
7. SITI NURSHAHIRAH BT M SHAHAR
8. ARIFF B ROSLAN

PELAJAR 4A 1 B
1. NIKITA KHAIRINA BT MAX MULWAN
2. EIZLAN B AZHAR
3. GABRIELY RAPHAEL AJIT

Secara keseluruhan terdapat penurunan peratusan lulus bagi seluruh matapelajaran.Tetapi terdapat sedikit peningkatan dari segi kualiti A.
Peratusan mengikut matapelajaran
1. B.Melayu Pemahaman - 96.6%
2. B.Melayu Penulisan - 89.7
3. B. Inggeris - 82.80%
4. Sains - 89.7%
5. Mathematics - 96.6%
Tahniah kepad semua murid yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan tersebut.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru SKSKP 4, Staff sokongan, PIBG dan Ibubapa yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada pihak sekolah bagi memastikan kecemerlangan murid dapat dicapai.Tanpa sokongan daripada semua keputusan ini tidak akan dapat dicapai.
Pihak sekolah sentiasa memerlukan sokongan daripada pihak tuan semua bagi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik murid.

Sunday, November 15, 2009

MAKAN MALAM STAFF BERSAMA PIBG ANJURAN KEBIRU SKSKP4



Jamuan Staff bersama PIBG telah diadakan pada 14 NOvember 2009. Bertempat di Damai Seafood Village Restaurant. Majlis telah dihadiri oleh staff SKSKP 4 bersama ajk PIBG. Antara objektif program ini dianjurkan adalah bagi mengeratkan lagi perhubungan antara staff dan guru serta PIBG sekolah disampin majlis meraikan staff/guru sekolah yang akan berpindah.Majlis telah dimulai dengan bacaan doa oleh En Hazleen dan di ikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Pn Suzana Muda. Ucapan oleh Tn Guru Besar, En Musa B P. Mohidin. Tidak ketinggalan juga ucapan daripada yang diraikan, Pn Pisanajulia Bt Puteh dan Pn Norazmah Bt Mahad.

SENARAI PEMENANG KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN




Bolasepak
Johan : Cengal
N.Johan : Meranti

Bola Jaring
Johan : Kempas
Naib Johan : Meranti

Congkak
Tahun 4
1. Naqiyah Adlina
2. Muhd Aiman
3. Ain Nur Awanis

Tahun 5
1. Kelvin Frankie
2. Kelvin Jimbau
3. Cheah

Tahun 6
1. Nur Aisah
2. Nur Nabilah
3. Fareesha

Dam Aji
Tahun 4
1. Imran Mansur
2. Nurshamimi
3. Nasaruddin

Tahun 5
1. Eiman Ashraff
2. Marcoviv
3. Mohd Faris Selamat

Tahun 6
1. Ariff Roslan
2. Eizlan Azhar
3. Fareesha

ANUGERAH BIJAK SIFIR PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009



Pihak Panitia Matrhematics SKSKP 4 telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menganugerahkan Lencana Bijak Sifir kepada murid-murid yang cemerlang didalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Murid-murid tersebut adalah :

Tahun 2
1. Mohd Nur Aqlan B Azmi
2. Aina Aqilah Bt Azmi
3. Nazreen Sofea Bt Hazleen

Tahun 3
1. Nurul Nazzirah Bt
2. Najwa Athirah Bt Fauzi
3. Adam Hafetz Bt Max Mulwan

Tahun 4
1. Danial Syamim B Onn

Tahun 5
1. Mohd Eiman Ashraf B Saipuddin
2. Nur Sabrina Bt Bahkir
3. Amirul Hakim B Azizan

Tahniah kepada yang telah berjaya

Friday, November 13, 2009

PERTANDINGAN MELUKIS ANJURAN EON BANK BERHAD





Pihak sekolah dengan kerjasama EON BANK BERhad telah bersama-sama menganjurkan pertandingan melukis peringkat sekolah. Seramai hampir 30 murid SKSKP 4 telah menyertai pertandingan tersebut yang terdiri daripada murid tahap 1. Pertandingan bermula pada jam 9.30 am dan tamat pada jam 11.00 am.
Antara keputusannya adalah :
Tempat Pertama - Adik Najwa Athirah
Tempat Kedua - Adik Arnil Izwan
Tempat Ketiga - Adik Ashwita
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepda ibubapa yang sudi meluangkan masa bersama anak jagaan semasa pertandingan dijalankan dan juga pihak kakitangan EON Bank yang bersama-sama menjayakan program ini.

Friday, November 6, 2009

PERKHEMAHAN TAHUNAN KALI KELIMA


6.11.2009
4.00 pm
Seperti yang telah dirancangkan, kami telah bertolak daripada SKSKP4 menaiki sebuah bas dan diiringi oleh guru-guru.Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
Kami telah selamat tiba di Kem Nakhoda, Gelang Patah pada jam 5 pm.

5.30 pm
Taklimat telah disampaikan oleh Fasilitator Kem Nakhoda. Selepas upacara penyerahan tanggungjawab peserta diantara pihak sekolah dan fasilitator,taklimat ringkas serta ice breaking dan seterusnya pembahagian kumpulan kecil bagi agihan khemah.Dan seterusnya solat Asar+magrib dan Isyak secara berjemaah

8.00 pm
Makan malam peserta yang agak lewat disebabkan kekangan masa mendirikan khemah.

9.00 pm
Solat Isyak dan seterusnya taklimat untuk aktiviti seterusnya iaitu night walk.

10.00 pm
Aktiviti Night walk bermula. Alhamdulillah, sepanjang aktiviti berjalan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Hanya emosi murid yang kurang stabil diisebabkan berjalan diwaktu malam.

7.11.2009
5.30 am
Murid-murid dikejutkan sebagai persediaan solat suubuh dan seterusnya untuk senaman pagi. Seterusnya taklimat untuk aktiviti hari ini. Antara aktiviti yang telah dirancangkan untuk hari ini adalah berkayak, survival dan jungle tracking.

8.00 am
Murid bersedia untuk sarapan pagi

9.00 am
murid diberi taklimat mengenai aktiviti berkayak dari segi latihan asas dan juga keselamatan ketika berkayak.

10.30 am
Murid berkumpul untuk taklimat bagi aktiviti merempuh halangan air.Terdapat 3 halangan air yang perlu kami tempuhi.

12.00 t.hari
kami berkumpul selepas mandi setelah kami dibasahkan ketika aktiviti rempuh halangan tadi.Alhamdulillah, tiada apa-apa perkara yang tidak di ingini berlaku.Pihak penganjur telah cuba sedaya upaya bagi mengelakkan sebarang masalah.

12.30 t.hari
Makan Tengahari. Kami diberikan erhat sehingga jam 2.15 am. Dua jam yang cukup bermakna untuk kami melelapkan mata seketika.

2.15 pm
Berkumpul untuk Taklimat bagi aktiviti seterusnya.

2.30 pm
Kami diberikan masa selama 1 jam untuk membuat latihan bagi aktiviti kebudayaan malam ini. Setiap kumpulan diwajibkan untuk membuat satu persembahan.

3.30 pm
Kami dikumpulkan semula untuk aktiviti seterusnya iaitu Jungle Tracking.Setelah diberikan taklimat sepenuhnya mengenai checkpoint terlibat serta langlah keselamatan, setiap kumpulan dilepaskan secara berasingan..

5.00 pm
Setelah kami semua selamat samapi, kami di arahkan untuk ke surau bagi mendirilkan solat Asar berjemaah. Walaupun aktiviti kami yang agak ketat, pihak penganjur menekankan mengenai aspek kerohanian. Setelah itu, aktiviti riadah dan latihan persembahan kebudayaan

7.00 pm
Kami dikumpulkan bagi mendirikan solat Magrib dan Makan Malam..

8.00 pm
Kami dikumpulkan bagi solat Isya dan aktiviti kebudayaan pun bermula..

12.00 mlm
zzzzzzzz

8.11.2009
Alhamdulillah sehingga jam 7 am hari ini tiada kejadian yang tidak diingini terjadi. Kepada semua ibubapa, Insyaalah murid-murid akan pulang dengan selamat bersama jatidiri baru.Kami berharap para ibubapa dapat bersama-sama kami mendoakan keselamatan dan kesejahteraan murid
5.30 am
Kami dikumpulkan untuk menunaikan solat subuh.

6.30 am
kami berkumpul untuk senaman pagi. Terdapat tanda-tanda keletihan pada sebahagian murid. MUNGKIN AKTIVIT YANG AGAK PADAT tidak memberi peluang pada mereka berehat panjang.apa-apa pun mereka tetap nampak bersemangat melakukan tugasan yang telah diarahkan

7.30 am
Sarapan pagi dan taklimat aktiviti hari ini.

9.00 am
Aktiviti LDP dan Muhasabah diri

10.00 am
Aktiviti menurunkan khemah peserta

12.00 pm
Upacara penutupan Rasmi Perkhemahan SKSKP 4 kali ke 5 dan penyampaian Hadiah kepada 2 kumpulan terbaik

Bas dijangka akan tiba pada jam 1.00 pm. Kepada para Ibubapa diminta menunggu anak jagaan mereka pada jam 2.30 - 3.00 pm.
Terima Kasih
(gambar tidak dapat disiarkan diatas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.kami akan cuba menyiarkan dalam masa yang terdekat.harap maaf)

Thursday, November 5, 2009

SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI

Kepada En Saipuddin (NYDP PIBG) dan Isteri, pihak sekolah ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat berangkat menunaikan Rukun Islam yang ke Lima, Menunaikan Fardu Haji. Pihak sekolah sentiasa mendoakan agar En Saipuddin dan Isteri sentisa berada dalam keadaan sihat dan dapat menjalankan ibadah dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur dan seterusnya dapat pulang dengan selamat.

Tuesday, October 20, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 adan di adakan pada 27,28,29 dan 30 Oktober 2009.Peperiksaan setara ini dijalankan bertujuan untuk menilai tahap pencapaian prestasi murid dalam pembelajaran. Jadual peperiksaan bersama surat pemberitahuan telah diedarkan kepada semua murid.
Sehubungan itu, pihak sekolah amatlah berharap agar para ibubapa dapat memastikan persediaan anak-anak kita untuk menduduki peperiksaan tersebut
Kehadiran penuh anak jagaan tuan/puan sepanjang peperiksaan dijalankan adalah DIWAJIBKAN. Sekiranya didapati anak tuan/puan tidak sihat, sila kemukanan surat sakit bagi tindakan sewajarnya.

Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua murid SKSKP 4

Thursday, October 1, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 1430H




Sambutan Hari raya ini dianjurkan dengan kerjasama antara Pendidikan Islam Dan Moral.Melalui program seperti ini agar dapat dimurnikan semangat 1Malaysia yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Program ini telah dimulakan dengan bacaan Doa oleh En Muhammad Saufe diikuti oleh ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar, En Musa B P. Mohidin.
Acara terakhir adalah persembahan murid tahap 1 dan Tahap 2.

Monday, September 28, 2009

MAJLIS KHATAM QURAN 1430 H


Bersempena dengan Bulan Ramadhan, Pihak sekolah melalui Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Khatam Quran bagi tahun 2009. Murid yang terlibat terdiri daripada pelajar tahap 2. Pelbagai acara telah dijalankan melibatkan murid dan guru.

Wednesday, September 16, 2009

INFORMASI : CUTI KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Seri Muhyidin Yassin telah mengumumkan hari ini(16 September 2009)mengenai cuti khas sempena sambutan Hari Raya Aidifitri 2009. Cuti tersebut adalah pada hari jumaat 18.9.2009. Harap maklum.

Tuesday, September 15, 2009

SALAM AIDILFITRI


Alhamdullillah, anak-anak kita telah berjaya menempuh salah satu daripada ujian yg paling besar di dalam alam persekolahan iaitu peperiksaan UPSR.Sesungguhnya kita sentiasa mendoakan didalam bulan yang penuh keberkatan ini semoga anak-anak kita akan beroleh kejayaan yang cemerlang.Kepada semua ibubapa/penjaga, jutaan terima kasih di atas segala kerjasama yg telah diberikan.
Di kesempatan ini juga, pihak sekolah ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI kepada semua.Pihak kami juga ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan dan kelemahan yang telah kami lakukan Kepada para Ibubapa, memandulah dengan cermat. Ingatlah orang yang tersayang. Kepada murid-murid SKSKP 4 khususnya, di dalam keadaan kita bergembira jaga kesihatan dan diri anda semua.
SALAM AIDILFITRI DARI KAMI WARGA SKSKP 4

Monday, September 7, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2009

Kami warga sekolah SKSKP 4 mengucapkan selamat berjaya kepada semua murid Tahun 6 SKSKP 4 di dalam peperiksaan UPSR yang sedang di lalui. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua murid SKSKP 4.

Monday, August 31, 2009

ADAB BERBUKA PUASA MENURUT SUNAH RASULLAH S.A.W

Adab-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.
Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:
“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).
Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala.Kata at-Tibi (meninggal 743H):
“Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”
(at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):
“Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”
(al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Riwayat di atas juga menambah:
Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.
(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).
Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:
“Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”
(al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).
Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.
Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):
“Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”
(Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:
Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.
(Surah al-`Araf:31).

Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:
“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).
Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).
Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:
”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”
(Faidh al-Qadir, 2/500).
Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”
(Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)
Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.
6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”
(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.
Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.
Artikel ini disunting daripada http://drmaza.com/

Friday, August 28, 2009

RAMADHAN OH RAMADHAN..

Alhamdullillah, syukur kita ke hadrat Allas S.W.T, dengan limpah dan kurnianya sekali lagi kita diberi kesempatan untuk menunaikan Ibadat Pusa di Bulan Ramadhan, Bulan yang penuh keberkatan. Di sini saya ingin bersama-sam berkongsi maklumat tentang ramadhan dan kelebihannya

KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Wallahuallam

Tuesday, August 18, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008






Hari Anugerah Cemerlang 2009 telah diadakan pada 16 Ogos 2009. Bertempat di Dewan Seri Puteri. Di kesempatan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemputan yang telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Terutamanya YDP PIBG SKSKP 4, En Onn B Awang yang telah sudi hadir dan seterusnya merasmikan majlis tersebut, juga kepada para ibubapa yang sudi meluangkan masa bersama-sama menjayakan majlis tersebut. Kepada murid-murid yang menerima anugerah, tahniah di ucapkan. Kepada murid yang tidak berjaya, tingkatkan usaha anda.

Tuesday, August 4, 2009

PROGRAM BULAN OGOS 2009


Terdapat beberapa program yang telah dirancangkan di sepanjang bulan Ogos 2009. Kepada semua Ibubapa/Penjaga, anda dijemput hadir bagi menjayakan dan memeriahkan lagi majlis tersebut

1. Program Motivasi Dan Teknik Menjawab Soalan UPSR 2009/2010
Murid Tahun 5 dan Tahun 6
1 dan 2 Ogos 2009

2. Majlis Solat Hajat UPSR 2009
Ibubapa dan Murid Tahun 5 dan Murid Tahun 6
6 Ogos 2009

3. Majlis Anugerah Cemerlang 2008
Ibubapa dan Murid Terlibat Tahun 1- Tahun 6 2008
16 Ogos 2009
Di Rasmikan oleh
En Onn B Awang, YDP PIBG SKSKP 4

4. Kelas Tambahan Intensif UPSR 2009
Murid Tahun 6
Cuti pertengahan penggal Kedua

Harap maklum

Sunday, August 2, 2009

PANDEMIK INFLUENZA: APA YANG ANDA PERLU TAHU

Apa yang anda perlu tahu dan lakukan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala influenza semasa pandemik

Pandemik influenza adalah kejadian wabak influenza yang menyerang sebahagian besar penduduk dunia. Ia berlaku akibat dari kemunculan virus influenza A baru (novel) yang mana penduduk dunia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus tersebut.

1. KETAHUI TANDA DAN GEJALA INFLUENZA
Antara tanda dan gejalanya ialah:
• Demam kuat melebihi 38˚C
• Sakit tekak
• Sakit kepala
• Letih dan lesu
• Sakit-sakit badan
• Batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal

2.KETAHUI SUHU BADAN YANG NORMAL
Suhu badan normal adalah berbeza bergantung kepada tempat di mana bacaan suhu diambil:
Mulut 35.5˚C ke 37.5˚C (95.9˚F ke 99.5˚F)
Telinga 35.8˚C ke 38˚C (96.4˚F ke 100.4˚F)
Ketiak 34.7˚C ke 37.3˚C (94.5˚F ke 99.1˚F)
Rektum (dubur) 36.6˚C ke 38˚C (97.9˚F ke 100.4˚F)

3.TINDAKAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA ANDA MENGALAMI TANDA DAN GEJALA INFLUENZA
Sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit influenza, anda dinasihatkan :
• Makan ubat demam seperti paracetamol
• Banyakkan minum air
• Berehat secukupnya
• Elakkan mengambil alkohol dan merokok
• Jangan mengunjungi tempat awam atau majlis keramaian untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain
• Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin
• Maklumkan kepada pihak berkuasa

4. AWASI TANDA-TANDA KECEMASAN YANG BOLEH
MENGANCAM NYAWA KANAK -KANAK
• Mengalami masalah kesukaran bernafas
• Bibir bertukar menjadi kebiru-biruan
• Tidak bermaya atau tidak boleh bergerak
• Tidak aktif, kurang bertindak balas atau sukar untuk bangun dari tidur
• Mengalami ketegangan di tengkuk
• Kelihatan keliru
• Mengalami sawan
• Tidak kencing dalam tempoh 12 jam

5. AWASI GEJALA YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA ORANG DEWASA
• Mengalami demam berpanjangan melebihi 5 hari
• Sukar bernafas walaupun semasa berehat
• Bibir bertukar menjadi kebiru-biruan
• Sakit dada apabila menarik nafas
• Batuk tanpa kahak
• Walaupun rasa sudah pulih, tiba-tiba kembali mengalami demam dan sukar bernafas
• Kelihatan keliru
• Tidak sedarkan diri

Keterangan lanjut mengenai Wbabak H1N1, sila layari
http://en.wikipedia.org/wiki/influenza_A_virus_subtype_H1N1

Wednesday, July 29, 2009

SELAMAT DATANG BULAN SYA'BAN

Kita sekarang sedang berada di bulan Sya’ban yang merupakan bulan persediaan sebelum menyambut ketibaan bulan Ramadhan al Mubarak, bulan di mana kita diuji keimanan oleh Allah s.w.t. untuk sama-sama melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Hanya bagi hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman sahaja berjaya lulus dalam ujian tersebut dan beroleh mendapat ganjaran syurga yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.Kerana itulah Allah s.w.t. mengatakan bahawa manusia akan diuji sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Ankabut ayat 2:
 

Maksudnya: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata: "kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?." 

Satu perkara lagi yang cukup penting di sini sebagaimana dinyatakan di awal tadi, bahawa kita sekarang berada di bulan Sya'ban dan telah menjadi kelaziman umat Islam di Malaysia, apabila tiba 15 Sya'ban atau pada malam nifsu Sya'ban, ianya disambut di pelbagai tempat sama ada di masjid, di surau dan sebagainya dengan tujuan untuk menghidupkan malam nisfu Sya'ban dengan membaca surah Yasin, tahlil, berdoa, ceramah dan sebagainya.

Kesemua ini merupakan amalan yang patut diteruskan serta perlu digalakkan sebagai satu dorongan dan ingatan kepada orang ramai, bahawa bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam hampir tiba dan mereka boleh membuat persiapan dan persediaan dengan mengerjakan amalan-amalan seperti puasa sunat, membanyakan membaca al-Quran, membanyakan bersedekah dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. melebihkan puasa sunatnya dalam sulan Sya'ban berbanding bulan-bulan yang lain. Berdasarkan sabdanya:

"عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ : مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَصُومُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ إِلاَّ أَنَّهُ كَانَ يَصِلُ شَعْبَانَ بِرَمَضَانَ."

Yang bermaksud: “Dari Ummi Salamah katanya: ''Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Sya'ban dan Ramadan.” 
(H.R. an-Nasa'i)


Berdasarkan hadis tersebut digambarkan kepada kita kelebihan dan keistimewaan bulan Sya'ban, amal ibadat perlu digandakan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang membanyakkan puasa sunat. Disamping Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa Allah s.w.t. sedia memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat. Antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan pada malam Nisfu Sya'ban:

1. Melakukan solat sunat dan solat tahjud.

2. Membaca al-Quran, sekiranya kita tidak mampu menghabiskan kesemuanya, sekurang-kurangnya kita membaca surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, al-Insan, al-Hashr, al-Muzzammil dan surah al-Muddathir.

3. Banyak beristighfar kepada Allah s.w.t.

4. Bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur. 

Yang bermaksud: "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, yang demikian ialah limpah kurnia Allah diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar".

 (Surah al-Hadid ayat : 21)

Tuesday, July 28, 2009

PENGUMUMAN PENUKARAN ALAMAT BLOG SEKOLAH

Sebagai satu langkah meningkatkan mutu BLOG sekolah, pihak pengurusan telah bersetuju menukarkan nama serta alamat kepada blog sekolah yang baru sekarang. Sebarang kesulitan kami memohon maaf.