SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKSKP4


Powered by Blogger.

Sunday, August 2, 2009

PANDEMIK INFLUENZA: APA YANG ANDA PERLU TAHU

Apa yang anda perlu tahu dan lakukan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala influenza semasa pandemik

Pandemik influenza adalah kejadian wabak influenza yang menyerang sebahagian besar penduduk dunia. Ia berlaku akibat dari kemunculan virus influenza A baru (novel) yang mana penduduk dunia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus tersebut.

1. KETAHUI TANDA DAN GEJALA INFLUENZA
Antara tanda dan gejalanya ialah:
• Demam kuat melebihi 38˚C
• Sakit tekak
• Sakit kepala
• Letih dan lesu
• Sakit-sakit badan
• Batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal

2.KETAHUI SUHU BADAN YANG NORMAL
Suhu badan normal adalah berbeza bergantung kepada tempat di mana bacaan suhu diambil:
Mulut 35.5˚C ke 37.5˚C (95.9˚F ke 99.5˚F)
Telinga 35.8˚C ke 38˚C (96.4˚F ke 100.4˚F)
Ketiak 34.7˚C ke 37.3˚C (94.5˚F ke 99.1˚F)
Rektum (dubur) 36.6˚C ke 38˚C (97.9˚F ke 100.4˚F)

3.TINDAKAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA ANDA MENGALAMI TANDA DAN GEJALA INFLUENZA
Sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit influenza, anda dinasihatkan :
• Makan ubat demam seperti paracetamol
• Banyakkan minum air
• Berehat secukupnya
• Elakkan mengambil alkohol dan merokok
• Jangan mengunjungi tempat awam atau majlis keramaian untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain
• Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin
• Maklumkan kepada pihak berkuasa

4. AWASI TANDA-TANDA KECEMASAN YANG BOLEH
MENGANCAM NYAWA KANAK -KANAK
• Mengalami masalah kesukaran bernafas
• Bibir bertukar menjadi kebiru-biruan
• Tidak bermaya atau tidak boleh bergerak
• Tidak aktif, kurang bertindak balas atau sukar untuk bangun dari tidur
• Mengalami ketegangan di tengkuk
• Kelihatan keliru
• Mengalami sawan
• Tidak kencing dalam tempoh 12 jam

5. AWASI GEJALA YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA ORANG DEWASA
• Mengalami demam berpanjangan melebihi 5 hari
• Sukar bernafas walaupun semasa berehat
• Bibir bertukar menjadi kebiru-biruan
• Sakit dada apabila menarik nafas
• Batuk tanpa kahak
• Walaupun rasa sudah pulih, tiba-tiba kembali mengalami demam dan sukar bernafas
• Kelihatan keliru
• Tidak sedarkan diri

Keterangan lanjut mengenai Wbabak H1N1, sila layari
http://en.wikipedia.org/wiki/influenza_A_virus_subtype_H1N1

0 comments:

Post a Comment