Maksudnya: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata: "kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?."
Kesemua ini merupakan amalan yang patut diteruskan serta perlu digalakkan sebagai satu dorongan dan ingatan kepada orang ramai, bahawa bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam hampir tiba dan mereka boleh membuat persiapan dan persediaan dengan mengerjakan amalan-amalan seperti puasa sunat, membanyakan membaca al-Quran, membanyakan bersedekah dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w. melebihkan puasa sunatnya dalam sulan Sya'ban berbanding bulan-bulan yang lain. Berdasarkan sabdanya:
"عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ : مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَصُومُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ إِلاَّ أَنَّهُ كَانَ يَصِلُ شَعْبَانَ بِرَمَضَانَ."
Yang bermaksud: “Dari Ummi Salamah katanya: ''Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Sya'ban dan Ramadan.”
(H.R. an-Nasa'i)
Berdasarkan hadis tersebut digambarkan kepada kita kelebihan dan keistimewaan bulan Sya'ban, amal ibadat perlu digandakan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang membanyakkan puasa sunat. Disamping Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa Allah s.w.t. sedia memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat. Antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan pada malam Nisfu Sya'ban:
1. Melakukan solat sunat dan solat tahjud.
2. Membaca al-Quran, sekiranya kita tidak mampu menghabiskan kesemuanya, sekurang-kurangnya kita membaca surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, al-Insan, al-Hashr, al-Muzzammil dan surah al-Muddathir.
3. Banyak beristighfar kepada Allah s.w.t.
4. Bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur.
Yang bermaksud: "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, yang demikian ialah limpah kurnia Allah diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar".
(Surah al-Hadid ayat : 21)
0 comments:
Post a Comment