SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKSKP4


Powered by Blogger.

Saturday, December 4, 2010

CUTI AKHIR TAHUN

Selamat bercuti kepada semua murid dan guru-guru SKSKP4. Bergembiralah sempena cuti sekolah ini dan kami mengharapkan anda selamat di sepanjang percutian ini. Sesi persekolahan akan bermula pada 3hb Jan 2011.

Wednesday, November 17, 2010

Sambutan Hari Kanak-kanak








Pada 18 November 2010, pihak sekolah SKSKP4 telah mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak untuk meraikan HAri Kanak-Kanak Sedunia. pelbagai program telah dijalankan dengan baik oleh para guru. Antaranya permaianan dam, catur, mewarna, mencari perkataan tersembunyi, koir dan pakaian beragam.
Tahninah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada para peserta yang bertanding kerana memberikan kerjasama yang baik disepanjang pertandingan berlangsung.
Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pn. Siti Hatijah bt Marrawi, GPK Pentadbiran SKSKP4.

Hari Raya Qurban


Bersempena Hari Raya Aidil-Adha pada 18 November 2010, pihak sekolah ingin mengucapkan kepada semua murid, ibu bapa dan warga SKSKP4 'SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA'. Semoga segala pengorbanan yang diberikan oleh semua pihak untuk meningkatkan prestasi sekolah ini akan lebih diberkati dan diredhai oleh-Nya.

Thursday, November 11, 2010

JAMUAN TAHUN 6 2010






Jamuan ini diuruskan sendiri oleh murid-murid tahun 6 dan dibantu oleh Penyelarasnya, En Zaini B Abdullah.
Di pengerusikan oleh Adik Puteri Nur Halimah. Di mulai dengan Ucapan aluan oleh Ketua Murd, Adik Nazhan Habibullah. Di kuti oleh Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar, En Abd Razak B Mohd.
Acara berikutnya adalah penyampaian hadiah pemenang pertandingan mencipta blog yang mana hadiah telah disumbangkan oleh En Samudin, Penolong PPD Unit Rendah an PKG Permas Jaya.
Pn Siti Hatijah pula berbesar hati memberikan sedikit sumbangan bagi murid yang telah berjaya mendapat 5A didalam peperiksaan UPSR 2010.
Acara diakhiri dengan amuan ringan untuk guru dan murid

UPSR 2010





Seperti yang telah diwarwarkan, keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada hari ini di semua peringkat. Tidak terkecuali juga di SKSKP 4.
Secara keseluruhan terdapat penurunan dari segi peratusan lulus dan GPS berbanding dengan tahun 2009. secara ringkasnya tertera seperti dibawah
Peratusan Lulus = 77% GPS = 2.16
Jumlah murid 5A = 7 orang
Adik Amirul Hakim Azizan, Adik Nazhan Habibullah, Adik Hairul Azman,Adik Nur Aqila Jaafar, adik Puteri Nurnatasha, Adik Eiman Ashraff, Dan Adik Ummi Nazihah.
Jumlah Murid 4A 1B = 3 orang
Adik Ramen Raj, Adik Nursabrina dan Adik Puteri Halimah
Kepada semua guru SKSKP 4, tahniah dan Jutaan terima kasih di atas segala komitment yang telah di lakukan walaupun tidak mencapai target seperti yang diharapkan. Di harap semangat juang guru-guru ini tidak akan luntur ditelan masa. Sesungguhnya didalam setiap kejayaan terdapat secebis kegagalan yang harus ditempuhi.
Kepada Guru Besar kami (EN Razak B Mohd) terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan.Insyaallah, melalui kegagalan ini, kami akan menyusun semula menjadi Taj Mahal yang Indah sebagai hadiah kepada tuan pada tahun 2011..
Kepada semua waga PPD Pasir Gudang yang sentiasa memberi sokongan dan ruang, terima kasih diucapkan.
Kepada En Musa B P. Mohidin, En Hazleen Hanan, Pn Siti Shahrina dan Pn Suriyati, yang tidak dapat bersama-sama berkongsi kejayaan ini, jasa kalian juga tidak kami lupakan
Kepada PIBG dan juga semua Ibubapa murid SKSKP 4, tanpa sokongan padu daripada semua, kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah
Kepada murid-murid yang berjaya, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berjaya, ini bukan penamat bagi meraih kejayaan seterusnya. Anggaplah ia sebagai permulaan bagi satu perjalanan yang berliku. Kepedihan kegagalan pastinya akan menjadi pendorong bagi kejayaan yang akan datang. Tiada kejayaan tanpa kegagalan.Insyaallah.

TERIMA KASIH SEKALI LAGI

PN SITI HATIJAH MARRAWI
GPK PENTADBIRAN
SKSKP 4

Tuesday, November 2, 2010

HAPPY DEEPAVALI



Deepawali (also spelled Divali in other countries) or Diwali[1] is popularly known as the festival of lights. It is an important five-day festival in Hinduism, Sikhism and Jainism, occurring between mid-October and mid-November. For most Hindus and Indians, Diwali is the most important festival of the year and is celebrated with families performing traditional activities together in their homes. Deepavali is an official holiday in India, [2] Guyana, Trinidad & Tobago, Mauritius, Malaysia, Nepal, Singapore, Sri Lanka, Myanmar , Fiji ,Suriname and Guyana

The name Diwali is itself a contraction of the word Deepavali (Sanskrit: दीपावली Dīpāvali), which translates into row of lamps.[3] Diwali involves the lighting of small clay lamps (diyas) (or Deep in Sanskrit: दीप) filled with oil to signify the triumph of good over evil. During Diwali celebrants wear new clothes and share sweets and snacks with family members and friends. Some Indian business communities begin the financial year on the first day of Diwali, hoping for prosperity the following year.

In Hinduism, Deepavali marks the return of Lord Rama to his kingdom of Ayodhya after defeating (the demon king) Ravana, the ruler of Lanka, in the epic Ramayana. In Jainism, Diwali marks the attainment of moksha by Mahavira in 527 BC.[4][5] In Sikhism, Deepavali commemorates the return of Guru Har Gobind Ji to Amritsar after freeing 52 Hindu kings imprisoned in Fort Gwalior by Emperor Jahangir; the people lit candles and diyas to celebrate his return. This is the reason Sikhs also refer to Deepavali as Bandi Chhorh Divas, "the day of release of detainees". Deepavali is considered a national festival in India and Nepal.

RIMUP 2010





Manusia di dunia ini semakin dekat dan rapat. Seperti kata Thomas L.Friedman dalam 'The World is Flat', dunia ini bukan bulat tetapi rata. Globalisasi menyebabkannya rata. Internet, teknologi komunikasi, yang berada di lingkaran maya menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempadan. Budaya, bahasa, bangsa, identiti dan peribadi seolah-olah tidak penting lagi. Akhirnya, semua orang menjadi celaru, keliru dan memudarkan jati diri.

Inilah pentingnya perpaduan dalam pengukuhan sesebuah negara. Pertahanan jati diri sesebuah masyarakat mampu mengekalkan keharmonian, kesatuan dan kemakmuran. Kentalnya jati diri dan saling memahami menjadi benteng yang teguh kepada manusia dalam menghadapi kemusnahan yang dibawa oleh globalisasi.

Malaysia yang dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum memerlukan semangat perpaduan untuk bergerak maju, stabil dan dihormati. Perpaduan dapat dikekalkan dengan hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain demi kesatuan rakyat walaupun berbeza bangsa dan agama.

Diharapkan melalui pertandingan koir dan mewarna yang dijalankan di SKSKP4 dapat menyemat semangat perpaduan dalam diri setiap anggota masyarakat khususnya warga SKSKP4, SJK(C) Chee Tong dan SJK(T)Masai.

Monday, October 25, 2010

PERKHEMAHAN TAHUNAN SEKOLAH

Perkhemahan tahunan sekolah akan di adakan pada 5.11 - 6.11.2010.Melibatkan murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 mewakili 3 badan beruniform sekolah iaitu PBSM, Pengakap dan Puteri Islam. Antara objektif perkhemahan adalah sebagai pendedahan aktiviti fizikal dan mental kepada murid selain daripada sifat berdikari. Antara ktiviti yang akan dijalankan adalah seperti pertandingan kawad kaki, Pertandingan Pertolongan Cemas dan Pertandingan memasak.Insyaallah, jika tiada aral melintang, pihak sekolah akan cuba melaporkan perjalanan program melalui blog ini dari masa ke semasa. Kepada para ibubapa yang ingin mengetaui lebih lanjut mengenai aktiviti ini sila menghubungi Pn Maslinda Bt Sulaiman (GPK Kokurikulum) atau En Mohd Saufee (Penyelaras Perkhemahan), di talian 07-3860773. Terima kasih

PN MASLINDA BT SULAIMAN
GPK KOKURIKULUM

Monday, October 11, 2010

PELANCARAN BULAN BAHASA 2010



Pelancaran Bulan Bahasa 2010 peringkat sekolah akan di adakan pada 25 Oktober 2010. Yang akan diketuai oleh En Zaini B Abdullah, Ketua Panitia Bahasa Melayu SK Seri Kota Puteri 4. Di jangka, Guru Besar, En Abd Razak B Mohd akan merasmikan pelancaran program tersebut.
Di bawah disertakan serba sedikit penerangan mengenai Bulan Bahasa. Bersama-samalah kita memertabatkan bahasa kebangsaan kita.
"BAHASA JIWA BANGSA"

Latar Belakang
Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)

Tujuan Utama
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Keseluruhan konsep logo menggambarkan peranan rakyat pelbagai bangsa di dalam negara bagi membentuk perpaduan di dalam konsep satu Malaysia “BBK” menjadikan tunggak kecemerlangan negara berasaskan pembangunan yang berteraskan bahasa sebagai wadah.

HURUF “B”
Huruf “B” yang direka secara grafik dan dinamik sekilas pandang berbentuk “B” bererti “Bulan” dan “Bahasa Kebangsaan” di hujung pena menjadi tunjang pada huruf “B”. Ia sinonim dengan DBP sebagai sumber ilmu dan juga dataran untuk menyampaikan dan memacukan visi dan misi DBP yang merupakan matlamat bahasa dan sastera yang akan direalisasikan oleh “B”.

BENTUK DUNIA BERPUSING DAN BENDERA MALAYSIA
“Bendera Malaysia” secara grafik terdiri daripada pelbagai warna membentuk dunia berpusing tanpa had menggambarkan arah tuju untuk mencapai matlamat masa depan “B” yang cemerlang.

Dunia berpusing menjadi latar belakang logo melambangkan tema perpaduan serta menitikberatkan cinta bahasa dan negara. Ia juga menunjukkan semua kaum yang sentiasa dipupuk dan dipastikan perpaduan, keharmonian kaum terpelihara untuk menjamin masa depan yang lebih gemilang. Ia memberi penyatuan kepada tiga bangsa utama di Malaysia, hidup penuh muafakat, bekerjasama demi memajukan negara.

Lingkaran tiga jalur merah putih pada bendera Malaysia merupakan kegiatan-kegiatan “BBK” yang meliputi pelbagai bidang ilmu dan bahasa.
DAUN RESAM DBP
Daun resam DBP yang terdapat pada logo korporat menterjemahkan bahasa menjadi bumbung logo. Ia juga sumber dalam memperkembangkan bahasa dalam era globalisasi terpusat di atas logo ini sebagai nadi utama “BBK”.

PENA DARI HURUF “B”
Pena yang terletak di penghujung huruf “B” menggambarkan matlamat yang dituju dalam “BBK”. Di samping itu ia juga mencerminkan kegiatan bahasa dan sastera.


WARNA

MERAH DAN PUTIH
Merah dan putih menggambarkan semangat rakyat Malaysia untuk mencapai kegemilangan dan juga menjadi simbol wawasan satu Malaysia yang suci dan ikhlas.
KUNING
Kuning mengekalkan sistem raja berpelembagaan dan menjunjung luhur kedaulatan Negara serta menjadi simbol kegiatan “BBK” ke arah kegemilangan.

BIRU
Biru bermaksud kestabilan, bersatu hati dan hidup sejahtera untuk mencapai matlamat “BBK” bersama pelbagai kaum dalam negara.

HIJAU
Hijau melambangkan keterampilan dan kegiatan berwibawa dalam mengembangkan bahasa yang sentiasa subur ke persada dunia.

Pereka:
Naim bin Hj. Ahmat

Saturday, October 2, 2010

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2011

Kepada semua Ibubapa murid tahun 6 SKSKP 4 2010, permohonan untuk anak-anak ke SBP 2011 telah dibuka dan akan tamat pada 15.10.2011.Permohonan adalah secara di atas talian (online). Untuk mengisi, tuan/puan boleh melayari laman web http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/. ATAU 'CLICK' PADA 'LINK' YANG TELAH DISEDIAKAN PADA BLOG INI.

PANDUAN AM
1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;
2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL danTEPAT; 3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;
4. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum dicetak. PENGEMASKINIAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELEPAS CETAKAN DIBUAT.
5. Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan sebanyak DUA (2) SALINAN.
5.1 SALINAN PERTAMA DIHANTAR KEPADA GURU BESAR SEKOLAH ASAL PEMOHON ;
5.2 SALINAN KEDUA DIHANTAR KEPADA PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) YANG DIPILIH.(senarai SBP disediakan di talian)
Setiap CETAKAN borang permohonan mestilah ditandatangani oleh pemohon dan disahkan oleh GURU BESAR.

atau boleh menghubungi Pn Che Norizah (GPK HEM) SK Seri Kota Puteri 4 di talian 07-3860773 atau mana-mana pentadbir untuk keterangan lanjut.

Thursday, September 23, 2010

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2010



Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2010 telah diadakan pada hari ini sempena berakhirnya bulan kemerdekaan 2010 dan En Syahrizal Jahaffar sebagai penyelaras bagi Program ini. Majlis telah dimulakan pada jam 8.20 am. Di mulai dengan bacaan doa oleh Cikgu Saufee. Seterusnya adalah ucapan alu-aluan dan ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar, En Abdul Razak B Mohd. Kemudiaan di ikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Majlis tamat pada jan 9.20 am setelah nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Tanggal 31 Ogos dinyanyikan.

Monday, September 20, 2010

MAKA BERMULALAH PERJUANGAN....

Peperiksaan UPSR sudah bermula. Setakat Jam 10.00 am, semua berjalan dengan lancar. Melihat riak wajah anak-anak didik yang bersemangat menjawab soalan di harap kejayaan menjadi milik mereka. Tiada apa yang di inginkan oleh tenaga pengajar SKSKP 4 selain daripada kejayaan yang cemerlang daripada mereka. Kepada semua ibubapa, marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan anak-anak didik kita. Di ketika ini, doa Ibubapa amatlah diharap-harapkan.
"Ya ALLAH Ya Tuhan yang menyempurnakan hajat dan yang mengangkat darjat, makbulkan permintaan kami pada hari yang penting dan bersejarah ini. Limpahkanlah anak-anak murid kami dengan khazanah ilmuMu, Sinarilah anak didik kami dengan cahaya nurMu, pandanglah mereka dengan limpah kasihMu. Lapangkanlah dada mereka dan janganlah Engkau sempitkan. Permudahkanlah segala urusan mereka dan janganlah Engkau persulitkan. Hiasilah anak-anak kami dengan azam yang kuat, semangat yang kental, akal yang cerdas dan daya ingatan yang tinggi. Hanya padaMu kami dan anak-anak kami memohon kejayaan, ketinggian dan kecemerlangan hingga kami dan mereka menjadi hambaMu yang memperolehi kemuliaan dunia dan akhirat. Berkatilah hidup kami semua dan restuilah perjuangan kami para guru demi memartabatkan agama, bangsa dan negara"
Alhamdullillah, tepat jam 12.20 tengahari, murid-murid telah selesai menjawab kertas soalan terakhir untuk hari ini, matematik kertas 2. Walaupun 15 minit terakhir terdapat sedikit masalah (gangguan tenaga elektrik), murid berjaya menghadapi dengan tenang dan sabar. Di harap murid dapat meneruskan momentum pada hari-hari yang seterusnya.Dan di harap gangguan seperti ini tidak akan berulang lagi pada hari esok dan seterusnya.Amin
22 SEPTEMBER 2010
Alhamdullillah, pada jam 9.15 am, murid-murid telah selesai menjawab kertas 1 Matematik. Daripada dapatan awal, reaksi positif telah diberikan. Petanda positif daripada anak-anak kita. Di harap ibubapa dapat mendoakan kejayaan mereka.
23 SEPTEMBER 2010
Alhamdullillah, tepat jam 3.45 petang, anak-anak kita telah berjaya menamatkan UPSR 2010. Di mana kertas terakhir adalah kertas ujian APTITUD TAHUN 6. Yang mana ujian ini merangkumi u jian IQ, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengenalpasti kecenderungan anak-anak kita.

Thursday, September 16, 2010

PEPERIKSAAN UPSR 2010


Peperiksaan UPSR 2010 akan bermula pada 21.9.2010 - 23.9.2010. Walaupun mood hari raya masih kuat terasa, anak-anak kita terpaksa berkorban demi mencapai kejayaan yang cemerlang. Inilah pengorbanan yang mereka telah berikan. Pihak sekolah berharap agar semua ibubapa dan kakitangan sekolah dapat bersama-sama mendoakan kejayaan anak-anak kita yang seramai 39 orang itu.
Peperiksaan akan dijalankan di bilik seminar SKSKP 4 di dalam suasana yang amat kondusif. Diharap murid-murid dapat menjawab soalan dengan tenang.

Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Bulan Ramadhan hampir sampai ke penghujungya. Di kemeriahan kita menyambut kedatangan syawal, jangan kita lupa kepada nasib anak-anak yang serba kekurangan, yang masih memerlukan bantuan daripada kita.
Di kesempatan yang ada ini, pihak sekolah menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua ibubapa skskp 4 jika terdapat kekasaran kata yang menyinggung perasaan semua.
Kesibukan kita menyiapkan diri dan rumahtangga, jangan kit alpa tentang keselamatan anak-anak kita. Hampir setiap hari kita mendengar mangsa-mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak yang telah menjadi habuan mercun.
Kepada semua yang pulang kekampung, memandulah dengan berhati-hati. Semoga perjalanan anda semua selamat pergi dan balik. Insyaallah.
Kepada Ibubapa dan anak-anak tahun 6,peperiksaan UPSR hampir tiba. Di pecutan terakhir inilah yang akan menentukan dimanakah kedudukan kita nanti. Jangan kecewakan harapan Ibubapa kamu.
Kepada semua, saya mewakili semua warga SKSKP 4 sekali lagi mengucapkan Jutaan terima kasih diatas sokongan semua dan selamat Hari Raya Aidilfitri

Guru Besar

Monday, August 30, 2010

Bulan Kemerdekaan


Tahun 2010 ini merupakan satu tahun yang penuh dengan keberkatan kerana didatangi oleh 2 sambutan serentak iaitu bulan kemerdekaan dan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan berjaya dianjurkan bersempena menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Antara program yang telah dijalankan adalah Majlis berbuka puasa & program solat hajat bersama ibubapa pelajar tahun 6, pertandingan koir, kuiz, melukis & mewarna. Alhamdulillah sambutan yang diberikan oleh semua pihak amat memberangsangkan dan sangat baik.

Terdapat beberapa pertandingan yang masih belum dijalankan lagi iaitu pertandingan membaca sajak, pertandingan keceriaan kelas bertemakan kemerdekaan, Khatam Al-Quran, bercerita kisah2 nabi dan berbagai2 lagi. Diharap semua program yang akan dijalankan itu dapat berjalan dengan lancar.

Saya mewakili SKSKP4 ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN KE-53 & BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua kakitangan SKSKP4 dan PIBG SKSKP4.

Friday, June 4, 2010

Cuti Pertengahan Tahun

Selamat bercuti diucapkan kepada semua guru dan murid SKSKP4. Untuk makluman semua, cuti adalah bermula 5 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010 iaitu selama 2 minggu. Pasti kamu semua telah mempunyai agenda untuk mengisi waktu cuti ini, pastikan anda semua dalam keadaan yang selamat dan dapat meneruskan pelajaran dan pengajaran seperti biasa selepas cuti nanti. Gunakanlah waktu cuti ini untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama insan samada di antara ahli keluarga atau jiran tetangga.

Thursday, April 1, 2010

MAULIDUR RASUL

Pada 10 April 2009 akan datang akan diadakan Majlis Maulidur Rasul di SK Seri Kota Puteri 4. Ibubapa yang ingin menyumbang boleh menghulurlan sumbangan kepada anak masing-masing untuk diserahkan kepada pihak sekolah supaya dapat membantu pihak sekolah menyediakan kemudahan yang selesa dan mempelbagaikan juadah pada hari tersebut. Sebelum majlis bermula, diharap para ibubapa sudilah kiranya membantu para guru pada 9 April 2009 selepas waktu Asar untuk mula menyediakan bahan-bahan memasak. Bantuan ibubapa amatlah dihargai dan dialu-alukan.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2009 & MESY. AGUNG PIBG KALI KE-7

Pada 28 Mac 2010 yang lalu, telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2009 dan Majlis Agung PIBG kali ke-7 bagi SK Kota Puteri 4. Majlis ini berlangsung di Dewan Seminar SKSKP4 bersempena meraikan kecemerlangan murid-murid bagi tahun 2009 yang lalu.

Pada tahun 2009, seramai 8 orang murid telah berjaya mendapat keputusan cemerlang UPSR iaitu 5A. Murid tersebut adalah :
1. Danial Haziq bin Ahmad Jais
2. Fareesha bt. Abdul Razak
3. Khairul Wajihah bt. Mohammad Syukri
4. Muhammad Nur Aiman bin. Azmi
5. Muhammad Aiman bin. Abdul Ghani
6. Muhammad Arif bin Roslan
7. Nur Nabilah bt. Asfandi
8. Siti Nur Syahirah bt. Mohd Shahar

Tahniah diucapkan kepada murid-murid tersebut termasuk guru-guru dan ibubapa. tidak ketinggalan juga terima kasih kepada pihak PIBG kerana telah banyak menyumbangkan tenaga dan wang ringgit untuk anak-anak memperolehi ilmu di SKSKP4 ini.

Kami warga SKSKP4 mengharapkan semua murid-murid dapat mempertingkatkan lagi prestasi untuk tahun-tahun akan datang. Kepada pelajar cemerlang UPSR, guru-guru di SKSKP4 mendoakan kejayaan anda semua, diharap kejayaan sebelum ini menjadi perangsang kepada anda untuk terus berjaya.

Monday, March 8, 2010

Minggu Anti Dadah



Kempen Anti Dadah telah bermula 8 Mac 2010 hingga 12 Mac 2010 di Sek. Keb. Seri Kota Puteri 4. Ia telah dilancarkan oleh En. Musa bin P. Mohidin,Guru Besar SKSKP4. En. Musa telah memberikan beberapa nasihat kepada murid-murid supaya tidak mendekati najis dadah. Segala penerangan telah diberikan kepada murid-murid supaya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

PENGERTIAN DADAH

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

1. Opait
2. Perangsang (stimulants)
3. Penekanan (Depressants)
4. Hallucinogen
5. Ganja (Cannabis)


OPAIT

Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang wujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap wujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI

Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
9. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
10. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
11. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
12. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.


DADAH YANG TERKENAL

1. APA DIA SYABU

I.I. Nama panggilan dan nama saintifik

SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-

1. ICE
2. GLASS
3. CRACK METH
4. HIROPONG
5. BATU (STONES)


1.2 Rupa Syabu Di Pasaran

Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.

1.3. Bungkusan (Packaging)

Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.

1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis

Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-

C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3

2. LATAR BELAKANG

2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;

2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;

2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.

3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH

3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:

3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);
3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang.

4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:

4.3.1 Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2 Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3 Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.

4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:

4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;
4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.

Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.

5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU

Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:

5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
5.1.2. Dalam motor starter;
5.1.3. Lampu Kalimantang;
5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.

5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.

5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.

6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU

6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:

i) China White
ii) Cristal Stones

6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu

Gred I - Cristal Stones
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II

7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]

7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
Bersifat agresif.
Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:

Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
Keracunan pada sistem saraf tunjang;
Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.

Sunday, March 7, 2010

Sukan Tahunan SKSKP4 kali ke-7





Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri 4 (SKSKP4) kali ke-7 telah di rasmikan oleh Puan Hjh Saadiah bt Said, PPD Pasir Gudang pada 6hb Mac 2010 di padang SKSKP4. Pelbagai acara di pertandingkan pada hari tersebut seperti acara balapan 4x200m L/P, sukaneka, perlawanan bola sepak untuk para bapa dan guru lelaki dan sukaneka untuk ibu dan guru perempuan. Hari sukan tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada murid tahun 2 dan 3. Saya mewakili pihak sekolah berterima kasih kepada pihak PIBG dan para pegawai kerana telah bersama-sama menjayakan sukan tahunan ini hingga menjadi meriah. Saya berharap sokongan daripada mereka akan berkekalan supaya semua pihak berpuas hati dengan pencapaian murid SKSKP4 tidak kira dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Sunday, February 28, 2010

Majlis Perpisahan Guru Besar & GPK Kokurikulum




Pada 25hb. Februari 2010 telah diadakan satu majlis ringkas bersempena pertukaran Cikgu Musa bin P. Mohidin, Guru Besar ke sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor dan Cikgu Ahmad Jais bin Omar, GPK Kokurikulum ke Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Majlis ini di adakan bagi memberikan kesempatan kepada murid-murid untuk menerima amanat dan pesanan terakhir daripada GB dan GPK Kokurikulum. GB dan GPK Kokurikulum telah memberikan ucapan terakhir kepada warga SKSKP4 untuk mencapai Misi dan Visi sekolah. Kata-kata semangat di suntik untuk dijadikan perangsang kepada murid tahun 6 yang bakal mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini supaya mencapai target yang telah di tetapkan. Saya mewakili guru-guru dan staf sokongan SK Seri Kota Puteri 4 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pihak atasan kami kerana telah banyak memberikan sumbangan kepada sekolah ini sepanjang khidmat mereka di sekolah ini. Jasa mereka tidak akan kami lupakan. Semoga mereka dapat menjalankan tugas di tempat baru dengan baik dan semoga maju jaya.

Tuesday, February 9, 2010

Cuti Tahun Baru Cina


Seperti yang telah diketahui, pada 14hb - 15hb Februari 2010 adalah hari cuti umum bersempena Tahun Baru Cina. Oleh itu, kita akan bercuti selama seminggu bermula 13hb Februari 2010 hingga 21hb Februari 2010. Pihak sekolah kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina samada dikalangan guru mahupun pelajar SKSKP4. Semoga tahun ini membawa rahmat dan keberkatan kepada semua.

Info Tahun Baru Cina:

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.