SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKSKP4


Powered by Blogger.

Tuesday, November 2, 2010

RIMUP 2010





Manusia di dunia ini semakin dekat dan rapat. Seperti kata Thomas L.Friedman dalam 'The World is Flat', dunia ini bukan bulat tetapi rata. Globalisasi menyebabkannya rata. Internet, teknologi komunikasi, yang berada di lingkaran maya menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempadan. Budaya, bahasa, bangsa, identiti dan peribadi seolah-olah tidak penting lagi. Akhirnya, semua orang menjadi celaru, keliru dan memudarkan jati diri.

Inilah pentingnya perpaduan dalam pengukuhan sesebuah negara. Pertahanan jati diri sesebuah masyarakat mampu mengekalkan keharmonian, kesatuan dan kemakmuran. Kentalnya jati diri dan saling memahami menjadi benteng yang teguh kepada manusia dalam menghadapi kemusnahan yang dibawa oleh globalisasi.

Malaysia yang dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum memerlukan semangat perpaduan untuk bergerak maju, stabil dan dihormati. Perpaduan dapat dikekalkan dengan hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain demi kesatuan rakyat walaupun berbeza bangsa dan agama.

Diharapkan melalui pertandingan koir dan mewarna yang dijalankan di SKSKP4 dapat menyemat semangat perpaduan dalam diri setiap anggota masyarakat khususnya warga SKSKP4, SJK(C) Chee Tong dan SJK(T)Masai.

0 comments:

Post a Comment