SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKSKP4


Powered by Blogger.

Friday, November 6, 2009

PERKHEMAHAN TAHUNAN KALI KELIMA


6.11.2009
4.00 pm
Seperti yang telah dirancangkan, kami telah bertolak daripada SKSKP4 menaiki sebuah bas dan diiringi oleh guru-guru.Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
Kami telah selamat tiba di Kem Nakhoda, Gelang Patah pada jam 5 pm.

5.30 pm
Taklimat telah disampaikan oleh Fasilitator Kem Nakhoda. Selepas upacara penyerahan tanggungjawab peserta diantara pihak sekolah dan fasilitator,taklimat ringkas serta ice breaking dan seterusnya pembahagian kumpulan kecil bagi agihan khemah.Dan seterusnya solat Asar+magrib dan Isyak secara berjemaah

8.00 pm
Makan malam peserta yang agak lewat disebabkan kekangan masa mendirikan khemah.

9.00 pm
Solat Isyak dan seterusnya taklimat untuk aktiviti seterusnya iaitu night walk.

10.00 pm
Aktiviti Night walk bermula. Alhamdulillah, sepanjang aktiviti berjalan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Hanya emosi murid yang kurang stabil diisebabkan berjalan diwaktu malam.

7.11.2009
5.30 am
Murid-murid dikejutkan sebagai persediaan solat suubuh dan seterusnya untuk senaman pagi. Seterusnya taklimat untuk aktiviti hari ini. Antara aktiviti yang telah dirancangkan untuk hari ini adalah berkayak, survival dan jungle tracking.

8.00 am
Murid bersedia untuk sarapan pagi

9.00 am
murid diberi taklimat mengenai aktiviti berkayak dari segi latihan asas dan juga keselamatan ketika berkayak.

10.30 am
Murid berkumpul untuk taklimat bagi aktiviti merempuh halangan air.Terdapat 3 halangan air yang perlu kami tempuhi.

12.00 t.hari
kami berkumpul selepas mandi setelah kami dibasahkan ketika aktiviti rempuh halangan tadi.Alhamdulillah, tiada apa-apa perkara yang tidak di ingini berlaku.Pihak penganjur telah cuba sedaya upaya bagi mengelakkan sebarang masalah.

12.30 t.hari
Makan Tengahari. Kami diberikan erhat sehingga jam 2.15 am. Dua jam yang cukup bermakna untuk kami melelapkan mata seketika.

2.15 pm
Berkumpul untuk Taklimat bagi aktiviti seterusnya.

2.30 pm
Kami diberikan masa selama 1 jam untuk membuat latihan bagi aktiviti kebudayaan malam ini. Setiap kumpulan diwajibkan untuk membuat satu persembahan.

3.30 pm
Kami dikumpulkan semula untuk aktiviti seterusnya iaitu Jungle Tracking.Setelah diberikan taklimat sepenuhnya mengenai checkpoint terlibat serta langlah keselamatan, setiap kumpulan dilepaskan secara berasingan..

5.00 pm
Setelah kami semua selamat samapi, kami di arahkan untuk ke surau bagi mendirilkan solat Asar berjemaah. Walaupun aktiviti kami yang agak ketat, pihak penganjur menekankan mengenai aspek kerohanian. Setelah itu, aktiviti riadah dan latihan persembahan kebudayaan

7.00 pm
Kami dikumpulkan bagi mendirikan solat Magrib dan Makan Malam..

8.00 pm
Kami dikumpulkan bagi solat Isya dan aktiviti kebudayaan pun bermula..

12.00 mlm
zzzzzzzz

8.11.2009
Alhamdulillah sehingga jam 7 am hari ini tiada kejadian yang tidak diingini terjadi. Kepada semua ibubapa, Insyaalah murid-murid akan pulang dengan selamat bersama jatidiri baru.Kami berharap para ibubapa dapat bersama-sama kami mendoakan keselamatan dan kesejahteraan murid
5.30 am
Kami dikumpulkan untuk menunaikan solat subuh.

6.30 am
kami berkumpul untuk senaman pagi. Terdapat tanda-tanda keletihan pada sebahagian murid. MUNGKIN AKTIVIT YANG AGAK PADAT tidak memberi peluang pada mereka berehat panjang.apa-apa pun mereka tetap nampak bersemangat melakukan tugasan yang telah diarahkan

7.30 am
Sarapan pagi dan taklimat aktiviti hari ini.

9.00 am
Aktiviti LDP dan Muhasabah diri

10.00 am
Aktiviti menurunkan khemah peserta

12.00 pm
Upacara penutupan Rasmi Perkhemahan SKSKP 4 kali ke 5 dan penyampaian Hadiah kepada 2 kumpulan terbaik

Bas dijangka akan tiba pada jam 1.00 pm. Kepada para Ibubapa diminta menunggu anak jagaan mereka pada jam 2.30 - 3.00 pm.
Terima Kasih
(gambar tidak dapat disiarkan diatas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.kami akan cuba menyiarkan dalam masa yang terdekat.harap maaf)

5 comments:

  1. saya sentiasa mengikuti perkembangan perkhemahan murid,tapi tiada apa-apa perkembangan atau laporan hingga jam 8.30pm

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana melayari blog sekolah. Pihak kami akan cuma untuk mengemaskinikan maklumat terbaru

    ReplyDelete
  3. tahniah pada semua guru yang terlibat dalam penganjuran program ini ...sampai tak tidur hingga 5 pagi untuk update blog ni...adios:)

    ReplyDelete
  4. tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana berjaya menjayakan perkhemahan tahunan skskp4 2009.Harapan saya para pelajar dapat pulang dengan selamat kerumah masing-masing.

    ReplyDelete
  5. Tahniah.. semoga usaha murni cikgu2 skskp4 diberkti allah..

    ReplyDelete