SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKSKP4


Powered by Blogger.

Monday, September 19, 2011

KSSR DAN PBS..FAKTA YANG IBUBAPA HARUS TAHU..


KSSR (KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH)
Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Secara asasnya, KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

PBS (PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH)
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

3. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksanakan dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokmentasi.

4. Apakah komponen PBS?

-PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.

5. Apakah PBS akan menambah beban tugas guru?

-Pihak LP telah menyediakan dua system aplikasi untuk membantu guru-guru.

6. Kenapa PBS dilaksana? Kenapa sekarang?

-Seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

7. Bila PBS mula dilaksanakan?

-Mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016. Mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR sepenuhnya pada 2014.

8. Apakah asas pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh?

-Ujian khas kemasukan ke asrama penuh akan diperkenalkan dan akan diuruskan oleh Bahagian-bahagian KPM yang berkenaan.

9. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

-Pementoran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman di kalangan pentaksir supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pementoran dijalankan secara berterusan bersama Jurulatih Utama pentaksiran dengan tujuan memantapkan dan menambahbaik pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor.

Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

Pengesanan ialah proses menilai komponen Pentaksiran Pusat dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program Pentaksiran Pusat.

Penyelarasan diperingkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada konstruk yang ditaksir berdasarkan skema pemarkahan. Ia adalah untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap konstruk dan skema pemarkahan tersebut. Sesi penyelarasan akan diatur mengikut prosedur yang ditetapkan dan akan diwakili oleh semua guru yang terlibat dengan PBS.

10. Apakah peranan Pentaksiran Psikometrik?

Maklumat yang bersifat akademik dan peribadi diperlukan untuk membantu pembelajaran murid.

Pentaksiran Psikometrik melengkapkan keperluan ini dengan mendapatkan data selain daripada pencapaian akademik. Maklumat yang memperihalkan kepelbagaian ciri peribadi dan potensi murid ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan murid untuk lebih memahami murid itu supaya pembelajaran boleh dipertingkatkan. Selain digunakan untuk mengenal pasti dan mengasah kebolehan atau bakat terpendam murid dapat dipertingkat dan dimanfaat manakala kelemahan murid dapat diperbaiki.

Pentaksiran Psikometrik boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran murid. Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

11. Apakah standard kurikulum?

Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR:

- standard kurikulum terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran

- standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu, faham dan boleh buat

- standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu belajar dan boleh dilihat melaui tingkah laku

12. Apakah standard prestasi?

- standard prestasi menunjukkan tahap penguasaan dan kualiti kerja murid

- standard prestasi memberi makna kepada band yang dicapai murid

13. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

-Boleh memantau perkembangan murid secara berterusan

-Boleh member maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid

-Lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid

-Mentaksir dan member maklum balas berpandukan standard prestasi

14. Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakn PBS?

-Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberikan pendedahan semula tentang pentaksiran berasaskan sekolah.

15. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?

-Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui system aplikasi pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base)

16. Apakah nilai UPSR dan PMR?

-UPSR dan PMR dalam SPPK masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insane yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

17. Adakah guru menggunakan standard dalam kurikulum atau standard prestasi untuk mengajar?

-Guru hendaklah menggunakan standard dalam kurikulum untuk mengajar manakala menggunakan standard prestasi untuk mentaksir.

18. Bagaimana ibu bapa boleh memahami laporan yang disediakan?

-Guru akan menerangkan perkembangan anak mereka berdasarkan evidens dan deskriptor dalam portfolio anak masing-masing. Laporan adalah berbentuk diskriptif.

19. Bagaimana PBS akan dilaksanakan jika kemudahan komputer dan internet tiada di sekolah?

-Sistem akan desediakan dalam bentuk standalone dan data dihantar dalam bentuk text file dalam CD.

20. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

-Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan,kelemahan,kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

21. Apakah nilai PBS kepada murid-murid aliran agama?

-Kerangka standard prestasi merangkumi penguasaan pengetahuan,kemahiran dan pengamalan adab tingkah laku. Jesteru, pentaksiran dilakukan untuk melihat perkembangan semua aspek pembangunan insan yang selama ini tidak ditaksir.

22. Apakah PMR akan digunakan sebagai indikator untuk pemilihan aliran di peringkat menengah atas?

-Lima komponen pentaksiran dalam SPPK dapat memberi kepelbagaian maklumat secara komprehensif bagi membantu murid membuat pemilihan aliran yang lebig tepat.

23. Adakah PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dalam pelaksanaannya?

-PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dengan menyediakan kaedah dan instrument pentaksiran yang sesuai dengan mereka.

Sunday, September 11, 2011

AKHIRNYA...UPSR 2011


Seperti yang telah kita maklumi, peperiksaan UPSR 2011 akan bermula pada esok hari 13.932011 - 15.09.2011. Segala penat lelah guru,ibubapa dan murid akan dizahirkan apabila bermulanya UPSR nanti. Pihak sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didik. Di harappadasemua ibubapa dapat bersama-sama anank didik bagi menyokong perjuangan mereka yang akan bermula. Awasi anak-anak kita terutamanya disepanjang peperiksaan tersebut. Restuilah mereka. Sesungguhnya anak-anak ini memerlukan sokongan dan restu daripada anda semua. Sesungguhnya doa ibubapa adalah doa yang paling mustajab.Doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia yang ramai tak ketahui dan mengambil ini sebagai peluang membina kehidupan yang hebat dan cemerlang dalam keluarga.
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.
Jadi,sebagai ibubapa, rebutlah peluang ini bagi mendoakan kejayaan yang cemerlang ke atas anak-anak kita bersama.
Kepada anak-anak calon UPSR 2011, di samping anda semua bertungkus lumus mengulangkaji, jangan lupa menjaga kesihatan diri. Dapatkan restu ibubapa dan guru sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Di kesempatan yang ada, pihak sekolah telah menganjurkan majlis restu murid tahun 6 bersama guru pada hari ini. Pihak guru-gur dengan tulus hati telah menghalalkan segala ilmu yang telah kami curahkan kepada anda semua. Sesungguhnya andalah permata kami.

Akhir kata,mewakili guru-guru sekolah SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 2011 YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2011..

Sunday, September 4, 2011

PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA

Di sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia ke 54 ini, marilah kita bersama-sama mengenali dan mengenang jasa serta pengorbanan beberapa pejuang-pejuang Malaysia yang memastikan negara kita yang tercinta ini bebas daripada cengkaman penjajah. Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu.Semoga golongan sekarang akan lebih memahami dan menghargai erti sebuah kemerdekaan dan berusaha mengekalkan kemerdekaan dan keharmonian yang telah dicapai.
1. Rosli Dhoby

Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
Beliau telah dipilih oleh Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.
ada 2 MAC 1950, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu.

2. Leftenan Adnan

Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .
Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:
"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)…"
Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.
Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).

3.Tok Janggut

Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnyadari segi pentadbiran.
Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan
pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai
pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915,pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.
Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat
sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai
oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat
Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.
Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan
bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir
Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.
Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang
memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas telah terbunuh. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu
yang memakan masa satu hari.
Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka)
mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan.

4. Mat Kilau

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Monday, August 22, 2011

SALAM AIDILFITRI 2011




Selamat Hari raya Aidil Fitri kepada warga SKSKP 4, Ibubapa/Penjaga, Murid SKSKP 4. Tidak dilupakan juga kepada semua warga PPD Pasir Gudang.
Kepada anak-anak tahun 6, di dalam kegembiraan menyambut 1 Syawal menjelang tiba, perjuangan anak-anak menghadapi peperiksaan UPSR pada (13-15.9.2011) jangan dilupakan. Sempena Hari dan bulan baik ini banyakkan berdoa semoga kejayaan adalah milik kita bersama.
Kepada Ibubapa, ketiika musim perayaan ini, pastikan anak-anak kita di awasi sentiasa...
Kepada semua, terutamanya warga SKSKP 4 yang ingin pulang ke kampung, pandulah kenderaan dengan berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. Kami mendoakan semua akan kembali ke Pasir Gudang semula dengan selamat

Saudagar belayar ke tanah Arab,
Kapal belayar di pagi hari;
Menghulur salam sebahagian adab,
Tanda muafakat di Aidilfitri .

Akhir kata, SELAMATT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

ABD RAZAK B MOHD
GURU BESAR
SKSKP 4

Thursday, August 18, 2011

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2011



SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 54, 2011

Diam tidak diam kita telah masuk pada bulan Ogos yakni bulan yang kita tahu sejak dahulu lagi bahawa bulan ini merupakan 1 bulan bagi Negara kita mencapai KEMERDEKAAN.

Pada bulan ini seringkali kita di semat dengan semangat kasihkan Negara tercinta ini dengan kibaran-kibaran JALUR GEMILANG di setiap pelusuk tanahair tercinta ini.

Jalur Gemilang berkibar megah di merata pelusuk tanahair.


Pada tahun ini iaitu tahun 2011 tarikh Hari KEMERDEKAAN jatuh pada hari rabu. Tetapi oleh kerana bulan kemerdekaan sama dengan bulan puasa, maka sambutan hari kemerdekaan akan di adakan serentak dengan hari malaysia pada 9 september 2011.

Marilah sama-sama kita menerapkan semangat cintakan tanahair kita ini melalui laungan keramat bagi rakyat Malaysia.....MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Saturday, July 23, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN




Terdengarlah desiran dedaunan pepohon kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni dan rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani.
Maka berhiaslah bidadari sekalian lalu berdiri di atas puncak mercu syurga.
Lantas bertanya para bidadari " Apakah malam ini namanya? Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah?. Berkatalah para malaikat " Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan!"

Pengertian puasa
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Dalil Wajib puasa :
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:

Al-Quran:
Firman Allah s.w.t maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa".
(Surah al-Baqarah ayat 183)


Hadis:
Sabda Nabi s.a.w maksudnya : Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya ; "Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersempena dengan kehadiran Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan ini, beberapa aktiviti telah dirancangkan oleh pihak sekolah.
Antara aktiviti adalah seperti berikut
1. Majlis Tadarus Al Quran yanng terdiri daripada murid dan guru
2. Majlis Khatam Al Quran
3. Penghayatan Ramadhan
4. Majlis berbuka Puasa dan Solat Hajat UPSR 2011

Di kesempatan ini,Warga SKSKP 4 ingin mengucapkan selamat Berpuasa kepada semua murid dan Ibubapa. Semoga puasa kita mendapat keberkatan dariNya.Insyaallah.

MOTIVASI KECEMERLANGAN DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2011



Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tahun Enam dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKSKP 4. Program ini telah dilangsungkan selama 2 hari iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu. Murid terlibat adalah terdiri daripada murid tahun 5 dan Tahun 6. Pihak sekolah telah menjemput beberapa orang guru ddaripada daerah Pasir Gudang yang terdiri daripada Guru Cemerlang dan Guru Pakar bagi semua subjek teras. Pihak sekolah berharap agar program ini dapat membantu murid-murid menempuhi peperiksaan yang akan datang terutamanya bagi murid tahun 6 yang akan menempuhi Peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Majlis tersebut telah tamat pada jam 4.30 petang. Tahniah dan terima kasih kepada semua murid terlibat yang bersungguh-sungguh mendalami ilmu yang telah dicurahkan.

Sunday, July 3, 2011

TAHNIAH..RUMAH JATI JUARA LAGI...




Kejohanan Sukan sekolah telah dijalankan pada 2.7.2011. Di rasmikan oleh Tuan Guru Besar, En Abdul Razak B Mohd. Pada kejoahanan Olahraga ke 8 ini, rumah Jati telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan. Adik Slyvester Gika daripada rumah cengal pula dianugerahkan sebagai Olahragawan Terbaik dan Adik Wajihah sebagai Olahragawati 2011. Bagi pertandingan perbarisan dan khemah tercantik telah dimenangi oleh rumah cengal.
Tahniah kepada semua guru dan murid yang telah berjaya memastikan semua aktiviti dijalankan dengan lancar..

PROGRAM LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA




Pada 3.7.2010 seluruh sekolah di Malaysia telah menganjurkan larian secara serentak bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan. Lebih 3 juta murid dijangkakan menyertai larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang akan bermula secara serentak pada jam 7.45pagi.
Syukur kehadrat Allah SWT larian Serentak 1murid 1sukan 1Malaysia telah berjaya dijayakan di SKSKP 4. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Hjh Saadiah Bt Said yang telah sudi merasmikan program tersebut. Larian tersebut telah di mulakan tepat jam 7.45 pagi.

Sunday, June 19, 2011

JASAMU DIKENANG.... PN SHAMALA


Tahniah kami ucapkan kepada Pn Shamala yang telah dinaikkan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di SK Megah Ria. Walaupun perit untuk ditelan, terutamanya bagi anak-anak tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi, namun demi menyahut cabaran pendidikan , Pn Shamala terpaksa kami lepaskan. Kami sentiasa mendoakan agar Pn Shamala sentiasa cemerlang walau di mana PN Shamala berada.Kehilangan guru yang berdedikasi seperti Pn Shamala amatlah kami rasai.Guru yang bagi kami cukup berpengalaman terutamanya di dalam pengajian Bahasa Inggeris. Kami berharap Pn Shamala masih sudi membimbing kami bagi memastikan kejayaan anak-anak SKSKP 4..Sekalung tahniah dan terima kasih..

KAU TINGGALAKAN RINDU DI SINI
IZINKAN AKU
MENATAP SEBAK DI DADAMU
UNTUK KUTULIS SIMFONI LAGU
PADA SEPI PERGUNUNGAN SENDU

BERIKAN AKU
SEKADAR SEKELUMIT WAKTU
AKU INGIN SEBENTAR MELAYAN SEMBILU
KERANA AKU TAHU
MASA TERKENANG BERANGKAT LALU
TIADA KESEMPATAN MINTA DI TUNGGU

LANGKAH-LANGKAHMU TERTINGGAL DI PINTU
KAMI KUTIP KENANGAN ITU
SATU DEMI SATU
DAN KAMI PUPUKKAN IRAMA RINDU
KAMI SIMPAN DI KOTAK PILU
NOSTALGIA INDAH MERAWANG DI KALBU

KUTAHU SUDAH MAKNA
PERPISAHAN PENGHUJUNG MASA
KAU LEBARKAN SAYAPMU KE ANGKASA
MENCARI DESTINASI BAHARU SINGGAHSANA
LALU DOA KAMI SULAMKAN BERSAMA

KUTAHU SUDAH
AKAN KAU MENGALIH ARAH
LEMBARAN INGATAN MEWARNA SEJARAH
TITIPAN MASA LAMPAU MENITI TERJAH
SEKUJUR KAMI AKUR MENGAKU PASRAH
WALAU DISINI KERINGATMU MASIH BASAH
PASTI ADA GERIMIS GUGUR KE TANAH
MEMBASAHI PELOSOK LIMBAH

PUDARLAH SENYUM DAN TAWA
SEMYUMMU PENGUBAT DUKA
TANDUSLAH PENDAPAT KATA
PENDAPATMU PENCETUS MINDA
PUPUSLAH JUA PETAH BICARA
BICARAMU MENJANA JAYA
SAMARLAH LANGKAH-LANGKAH PERKASA
LANGKAH NAN BERTATAH JASA

PADA SELURUH PERSADA HATI-HATI PILU
KAMI TEGUR MENGINTAIMU
KERANA MASIH PANAS JEJAKMU
MENGINJAK JALAN-JALAN KELIKIR BERBATU
NATIJAHNYA...DISINI KAU TINGGALKAN RINDU
BUAT KAMI MENGGAPAI MERCU

-----WARGA SKSKP4-------

Sunday, May 29, 2011

SELAMAT BERCUTI


Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia
Cuti persekolah pertengahan tahun telah bermula pada 28.5.2011 dan berakhir pada 12.5.2011. Di kesempatan ini,saya mewakili pentadbiran sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru-guru SKSKP 4 dan anak-anak sekalian.
Tetapi harus diingat,kepada murid-murid tahun 6,kelas tambahan akan berlangsung selama 4 hari iaitu pada Sabtu (28.5.2011) hingga Selasa (31.5.2011). Semua murid diwajibkan hadir.
Kepada para Guru yang akan melangsungkan perkahwinan (En Syahrizal B Jahaffar, En Muhd Saufe B Abu Samah), SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU.
Kepada semua warga SKSKP 4 yang akan pulang ke kampung, berhati-hatilah semasa memandu. Kai sentiasa mendoakan anda semua selamat kembali ke SKSKP 4.
Kepada semua ibubapa, awasi anak-anak kita ketika bercuti.Pastikan mereka ini bercuti dalam keadaan gembira. Pastikan anak-anak kita mengulangkaji pelajaran terutamanya murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR tahun ini.
Sekian,terima kasih..Selamat bercuti

Tuesday, May 3, 2011

SELAMAT HARI GURU...

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM


Untuk semua guru-guru di Malaysia dan khasnya guru-guru SK Seri Kota Puteri 4. Semoga Jasa dan bakti kalian dirahmati Allah SWT..Amin

Monday, April 25, 2011

UJIAN PERMATA PINTAR 2011

Kepada semua Ibubapa/Penjaga
Murid SKSKP 4

UJIAN PERMATA PINTAR 2011

Sayugia dimaklumkan bahawa penyertaan untuk menduduki ujian berkenaan akan tamat pada 30 April 2011. Sehubungan itu, murid-murid Islam yang berusia 8-15 tahun (Tahun 2 hingga Tingkatan 3) dan murid-murid bukan Islam berusia 9-15 tahun dikehendaki menyertai ujian ini sebelum tarikh tutup yang dinyatakan bagi membolehkan mereka terpilih ke:
Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATA pintar (Murid berusia 9-15 tahun)
di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program Permata Insan, ( Murid beragama Islam berusia 8 Tahun - Tahun 2)
Universiti Sains Islam Malaysia
Program Pendidikan Menengah Tinggi ( Murid berusia 15 tahun - Tingkatan 3 )
di Universiti Kebangsaan Malaysia

Semoga peluang yang ada ini direbut sebaik mungkin bagi melahirkan lebih ramai murid pintar cerdas di Negeri Johor. Sentiasalah melayari laman web http://www.permatapintar.edu.my untuk menyertainya.



Maklumat ujian adalah seperti berikut :

Tarikh : 01 Februari 2011 - 30 April 2011

Alamat URL : http://www.permatapintar.edu.my

Tempat Ujian : Di sekolah, rumah atau mana-mana sahaja yang

boleh mengakses ke laman web tersebut.



Semoga ramai murid dari Negeri Johor akan menjadi pelajar pintar cerdas.

Terima Kasih.


Yang menurut perintah


(ABD RAZAK B MOHD)
Guru Besar
Sk Seri Kota Puteri 4

Tuesday, March 29, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2011/2012

Mesyuarat Agung PIBG 2011/2012 dan Majlis anugerah cemerlang 2010 di jangka akan di adakan pada hari ahad(10.4.2011). Surat edaran/pemberitahuan/usul telah di edarkan pada minggu lepas. Majlis ini di jangka akan di Rasmikan oleh Dato' Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Majlis di jangka akan di mulakan pada jam 08.00 am. Para ibubapa di jemput hadir bagi memeriahkan dan seterusnya bersama-sama berkongsi idea bagi membangunkan sekolah ini.

Sunday, February 20, 2011

KEJOHANAN KRIKET MSSM PASIR GUDANG DAN MSSM JOHOR 2011





Kejohanan Kriket MSSM Pasir Gudang telah diadakan pada 11 Februari 2011 bertempat di SMK Taman Rinting 2. SKSKp 4 telah berjaya mendapat tempat ke-3 dan adik Aidel Daniel telah dianugerahkan sebagai Pemukul terbaik bagi daerah Pasir Gudang

Kejohahan MSSM Johor pula telah diadakan pada 18-20 Februari 2011. Seramai 4 orang murid SKSKP 4 telah terpilih mewakili Pasir Gudang bagi kejohanan tersebut yang telah dilangsungkan di daerah Ledang. Pasir Gudang sekali lagi membuktikan kehebatan untuk merebut kedudukan 4 daerah terbaik bagi negeri Johor. Dan adik Aidel Danial juga sekali lagi di anugerahkan Pemukul terbaik bawah 12 tahun bagi negeri Johor. Kepada pihak sekolah jutaan terima kasih diatas sumbangan masa dan wang ringgit bagi memastikan murid-murid ini diberi peluang menyertasi kejohanan tersebuat. Tahniah juga kepada guru telibat, En Syahrizal yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga menjaga kebajikan murid kriket. Kepada semua murid terlibat, saya mengharapkan agar usaha ini dapat ditingkatkan bagi memastikan kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan

Parizal Abu Bakar
Jurulatih/Pengurus Pasukan


Kriket Sekolah/Daerah Pasir Gudang

Wednesday, January 26, 2011

YEAR OF THE RABBIT


1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999
People born in the Year of the Rabbit are articulate, talented, and ambitious. They are virtuous, reserved, and have excellent taste. Rabbit people are admired, trusted, and are often financially lucky. They are fond of gossip but are tactful and generally kind. Rabbit people seldom lose their temper. They are clever at business and being conscientious, never back out of a contract. They would make good gamblers for they have the uncanny gift of choosing the right thing. However, they seldom gamble, as they are conservative and wise. They are most compatible with those born in the years of the Sheep, Pig, and Dog.

According to the Chinese Zodiac, the Year of 2011 is the Year of the Golden Rabbit, which begins on February 3, 2011 and ends on January 22, 2012. The Rabbit is the fourth sign of the Chinese Zodiac, which consists of 12 animals signs. The Rabbit is a lucky sign. Rabbits are private individuals and a bit introverted. People born in the Year of the Rabbit are reasonably friendly individuals who enjoy the company of a group of good friends. They are good teachers, counselors and communicators, but also need their own space.

According to Chinese tradition, the Rabbit brings a year in which you can catch your breath and calm your nerves. It is a time for negotiation. Don't try to force issues, because if you do you will ultimately fail. To gain the greatest benefits from this time, focus on home, family, security, diplomacy, and your relationships with women and children. Make it a goal to create a safe, peaceful lifestyle, so you will be able to calmly deal with any problem that may arise.

Not many people know that the Rabbit is the symbol of the Moon, while the Peacock is the symbol of the Sun, and that together, these two animal signs signify the start of day and night, represent the Yin and Yang of life. It is said that anyone making supplications for wishes to be fulfilled are certain to get what they want... and in the Year of the Rabbit, the wish-granting aspect of the Sun and the Moon combined is multiplied. The Moon is YIN and this is the Yin of Heaven, signifying magic. Thus on each of the Full Moon nights of this year, go out into your garden to gaze into the Full Moon and visualize plenty of Moon dust and Moon glow flowing into you, filling your whole body with bright white light and granting you fearlessness, love and courage.

CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2011


Sekolah akan ditutup bermula pada 31 Januari 2011 - 4 Februari 2011 sempena sambutan Tahun Baru Cina. Semua Ibubapa diminta dapat menjaga keselamatan anak jagaan tuan puan sepanjang cuti persekolahan itu. Kepada yang merancang untuk pulang ke kampung atau bercuti, pandulah dengan selamat. Pihak sekolah sentiasa mendoakan keselamatan semua. Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada semua.

Wednesday, January 19, 2011

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

Pada 17/1/2011, pihak sekolah telah mengadakan satu watikah perlantikan secara rasmi bagi pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas di tapak perhimpunan. Kami berharap agar murid-murid yang dilantik ini akan dapat memainkan peranan masing-masing di SKSKP4 dengan baik. Murid-murid diberikan sijil lantikan sebagai tugas masing-masing dan bacaan ikrar oleh murid-murid yang dilantik tadi di saksikan oleh semua guru dan murid lain di hadapan perhimpunan.

Tuesday, January 4, 2011

APA ITU KSSR??

mungkin ada sebilangan daripada ibubapa terutamanya ibubapa yang mana anak-anak mendaftar bagi tahun 1 2011 ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang apa yang diperkatakan dengan KSSR. Kerana generasi ini adalah generasi pertama yang akan menggunakan KSSR mengantikan KBSR yang telah digunapakai hampir 3 dekad yang lalu. Jadi disini, kami warga sekolah akan cuba menerangkan serba sedikit mengenai apa yang diikatan dengan KSSR.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang

1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

• Pembangunan modal insan
• Penghasilan pelajar celik minda
• Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
• Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.

2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

• Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
• Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai


3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.


Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH
• Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
• Berasaskan Prinsip KBSR:
- Pendekatan bersepadu
- Perkembangan individu secara menyeluruh
- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- Pendidikan seumur hidup

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI
Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.


Mengapa Standard?
• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

bagi mendapatkan keterangan lanjut, ibubapa boleh melayari web rasmi Bahagian pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat www.moe.gov.my/bpk/

Monday, January 3, 2011

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011

Alhamdullilah setelah 2 hari pertama persekolahahn berlalu, tiada insiden berlaku. semua berjalan seperti yang telah dirancangkan. Murid tahun 1 seramai 39 orang telah mendaftarkan diri. Terdapat sedikit perubahan yang dilakukan bagi meningkatkan prestasi murid amnya. antaranya adalah, bagi murid tahun 1, waktu persekolahan dipendekkan sedikit. jadi pada hari Isnin hingga Khamis murid tahun 1 akan pulang pada jam 12.40pm. Bagi murid tahun 4 pula, murid akan pulang pada jam 2.10 pm. Dalam masa tersebut, murid Muslim di bimbing membaca Alquran (Tasmik) oleh Ustazah, manakala murid bukan Islam akan dibimbing di dalam Matapelajaran Matematik oleh Cikgu Parizal. Kepada semua Ibubapa, sila pastikan kemudahan pengangkutan disediakan bagi memastikan murid dapat pulang seperti dijadualkan.