Saturday, July 23, 2011
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
Terdengarlah desiran dedaunan pepohon kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni dan rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani.
Maka berhiaslah bidadari sekalian lalu berdiri di atas puncak mercu syurga.
Lantas bertanya para bidadari " Apakah malam ini namanya? Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah?. Berkatalah para malaikat " Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan!"
Pengertian puasa
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
Dalil Wajib puasa :
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:
Al-Quran:
Firman Allah s.w.t maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa".
(Surah al-Baqarah ayat 183)
Hadis:
Sabda Nabi s.a.w maksudnya : Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya ; "Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersempena dengan kehadiran Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan ini, beberapa aktiviti telah dirancangkan oleh pihak sekolah.
Antara aktiviti adalah seperti berikut
1. Majlis Tadarus Al Quran yanng terdiri daripada murid dan guru
2. Majlis Khatam Al Quran
3. Penghayatan Ramadhan
4. Majlis berbuka Puasa dan Solat Hajat UPSR 2011
Di kesempatan ini,Warga SKSKP 4 ingin mengucapkan selamat Berpuasa kepada semua murid dan Ibubapa. Semoga puasa kita mendapat keberkatan dariNya.Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment