SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKSKP4


Powered by Blogger.

Monday, October 25, 2010

PERKHEMAHAN TAHUNAN SEKOLAH

Perkhemahan tahunan sekolah akan di adakan pada 5.11 - 6.11.2010.Melibatkan murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 mewakili 3 badan beruniform sekolah iaitu PBSM, Pengakap dan Puteri Islam. Antara objektif perkhemahan adalah sebagai pendedahan aktiviti fizikal dan mental kepada murid selain daripada sifat berdikari. Antara ktiviti yang akan dijalankan adalah seperti pertandingan kawad kaki, Pertandingan Pertolongan Cemas dan Pertandingan memasak.Insyaallah, jika tiada aral melintang, pihak sekolah akan cuba melaporkan perjalanan program melalui blog ini dari masa ke semasa. Kepada para ibubapa yang ingin mengetaui lebih lanjut mengenai aktiviti ini sila menghubungi Pn Maslinda Bt Sulaiman (GPK Kokurikulum) atau En Mohd Saufee (Penyelaras Perkhemahan), di talian 07-3860773. Terima kasih

PN MASLINDA BT SULAIMAN
GPK KOKURIKULUM

Monday, October 11, 2010

PELANCARAN BULAN BAHASA 2010



Pelancaran Bulan Bahasa 2010 peringkat sekolah akan di adakan pada 25 Oktober 2010. Yang akan diketuai oleh En Zaini B Abdullah, Ketua Panitia Bahasa Melayu SK Seri Kota Puteri 4. Di jangka, Guru Besar, En Abd Razak B Mohd akan merasmikan pelancaran program tersebut.
Di bawah disertakan serba sedikit penerangan mengenai Bulan Bahasa. Bersama-samalah kita memertabatkan bahasa kebangsaan kita.
"BAHASA JIWA BANGSA"

Latar Belakang
Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)

Tujuan Utama
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Keseluruhan konsep logo menggambarkan peranan rakyat pelbagai bangsa di dalam negara bagi membentuk perpaduan di dalam konsep satu Malaysia “BBK” menjadikan tunggak kecemerlangan negara berasaskan pembangunan yang berteraskan bahasa sebagai wadah.

HURUF “B”
Huruf “B” yang direka secara grafik dan dinamik sekilas pandang berbentuk “B” bererti “Bulan” dan “Bahasa Kebangsaan” di hujung pena menjadi tunjang pada huruf “B”. Ia sinonim dengan DBP sebagai sumber ilmu dan juga dataran untuk menyampaikan dan memacukan visi dan misi DBP yang merupakan matlamat bahasa dan sastera yang akan direalisasikan oleh “B”.

BENTUK DUNIA BERPUSING DAN BENDERA MALAYSIA
“Bendera Malaysia” secara grafik terdiri daripada pelbagai warna membentuk dunia berpusing tanpa had menggambarkan arah tuju untuk mencapai matlamat masa depan “B” yang cemerlang.

Dunia berpusing menjadi latar belakang logo melambangkan tema perpaduan serta menitikberatkan cinta bahasa dan negara. Ia juga menunjukkan semua kaum yang sentiasa dipupuk dan dipastikan perpaduan, keharmonian kaum terpelihara untuk menjamin masa depan yang lebih gemilang. Ia memberi penyatuan kepada tiga bangsa utama di Malaysia, hidup penuh muafakat, bekerjasama demi memajukan negara.

Lingkaran tiga jalur merah putih pada bendera Malaysia merupakan kegiatan-kegiatan “BBK” yang meliputi pelbagai bidang ilmu dan bahasa.
DAUN RESAM DBP
Daun resam DBP yang terdapat pada logo korporat menterjemahkan bahasa menjadi bumbung logo. Ia juga sumber dalam memperkembangkan bahasa dalam era globalisasi terpusat di atas logo ini sebagai nadi utama “BBK”.

PENA DARI HURUF “B”
Pena yang terletak di penghujung huruf “B” menggambarkan matlamat yang dituju dalam “BBK”. Di samping itu ia juga mencerminkan kegiatan bahasa dan sastera.


WARNA

MERAH DAN PUTIH
Merah dan putih menggambarkan semangat rakyat Malaysia untuk mencapai kegemilangan dan juga menjadi simbol wawasan satu Malaysia yang suci dan ikhlas.
KUNING
Kuning mengekalkan sistem raja berpelembagaan dan menjunjung luhur kedaulatan Negara serta menjadi simbol kegiatan “BBK” ke arah kegemilangan.

BIRU
Biru bermaksud kestabilan, bersatu hati dan hidup sejahtera untuk mencapai matlamat “BBK” bersama pelbagai kaum dalam negara.

HIJAU
Hijau melambangkan keterampilan dan kegiatan berwibawa dalam mengembangkan bahasa yang sentiasa subur ke persada dunia.

Pereka:
Naim bin Hj. Ahmat

Saturday, October 2, 2010

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2011

Kepada semua Ibubapa murid tahun 6 SKSKP 4 2010, permohonan untuk anak-anak ke SBP 2011 telah dibuka dan akan tamat pada 15.10.2011.Permohonan adalah secara di atas talian (online). Untuk mengisi, tuan/puan boleh melayari laman web http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/. ATAU 'CLICK' PADA 'LINK' YANG TELAH DISEDIAKAN PADA BLOG INI.

PANDUAN AM
1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;
2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL danTEPAT; 3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;
4. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum dicetak. PENGEMASKINIAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELEPAS CETAKAN DIBUAT.
5. Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan sebanyak DUA (2) SALINAN.
5.1 SALINAN PERTAMA DIHANTAR KEPADA GURU BESAR SEKOLAH ASAL PEMOHON ;
5.2 SALINAN KEDUA DIHANTAR KEPADA PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) YANG DIPILIH.(senarai SBP disediakan di talian)
Setiap CETAKAN borang permohonan mestilah ditandatangani oleh pemohon dan disahkan oleh GURU BESAR.

atau boleh menghubungi Pn Che Norizah (GPK HEM) SK Seri Kota Puteri 4 di talian 07-3860773 atau mana-mana pentadbir untuk keterangan lanjut.