Wednesday, August 2, 2017
Friday, September 7, 2012
UPSR 2012
Seperti yang telah kita ketahui, anak-anak kita akan menghadapai peperiksaan UPSR pada minggu hadapan iaitu pada 11 - 13 September 2012. Kami, pihak sekolah mendoakan agar murid-murid tahun 6 akan mendapat kejayaan yang cemerlang.Kepada semua Ibubapa, restuilah anak-anak kita menghadapi peperiksaan tersebut.Insyaallah kejayaan akan menjadi milik mereka
Tuesday, August 14, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Di kesempatan yang ada ini, dibulan yang penuh keberkatan ini, warga skskp 4 ingin merakamkan ucapan SELAMAT HARI YARA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN pada semua ibubapa/Penjaga murid SKSKP 4.
Namun didalam kemeriahan menyambut kedatangan 1 Syawal ini, diharap pada semua tidak lupa pada semua aspek keselamatan terutamanya keselamatan anak-anak kita. Mereka ini adalah aset kita yang tidak ternilai harganya.
Kepada para Ibubapa yang pulang ke kampung pula, pandulah kenderaan anda berhati-hati.Ingatlah kasih sayang keluarga anda.
Kepada anak-anak tahun 6, di samping bergembira, jangan lupa pada tanggungjawab kita pada keluarga. Peperiksaan UPSR juga bakal menjelang tiba. Ulangkajilah pelajaran.
Kami di sini sentiasa mendoakan keselamatan dan keselamatan anda semua.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DAN MAAF ZAHIR BATIN
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2012
Majlis telah berlangsung di Dewan Seminar SK Seri Kota Puteri 4. Yang mana program ini telah disusun dan dipertanggungjawabkan di bawah penyeliaan Cik Raja NOrasnida Bt Raja Ibrahim.
Walaupun dengan kekangan masa yang padat, Cik Raja telah memastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar.
Program yang bermula seawal jam 10.30 dimulai dengan bacaan doa oleh En Parizal kemudian disusuli dengan nyanyian lagu Rasmi. Di ikuti dengan upacara perasmian oleh Guru Besar, En Abd Aziz B Mahmod.Di ikuti dengan program-program kemerdekaan yang lain.
Di akhir program ini, pihak sekolah telah mengambil kesempatan menghulurkan bantuan berupa wang hari raya kepada murid skskp 4 sempena sambutan hari raya yang akan menjelang tiba.
Wednesday, August 1, 2012
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012
Alhamdulillah...Peperiksaan Percubaan UPSR telah berjaya dilangsungkan pada 17-19 Julai 2012. Seamai 38 calon telah menduduki peperiksaan tersebut.Dan pada waktu ini, keputusan sudah di masukkan ke laman web Kementerian untuk di analisa. Kepada semua Ibubapa yang ingin menyemak keputusan bolehlah melayari laman web Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Thursday, July 26, 2012
PROGRAM DISEPANJANG RAMADHAN 2012
Di sepanjang bulan Ramadhan ini, pelbagai program telah dilancarkan dan sedang berjalan. Program telah dirancangkan oleh Panitia Agama Islam bagi mengimarahkan lagi bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan ini.
Antara program yang dianjurkan adalah
1. Renungan "1hari, 1hadith Ramadhan"
2. Program Tadarus, Hafazan dan Cerita Nabi
3. Majlis Khattam Al-Quran
4. Majlis Restu dan Solat Hajat UPSR 2012
Diharapkan semoga dengan adanya program-program tersebut dapat memastikan Ramadahan 2012 dapat disambut dengan penuh manfaat....
RAMADHAN DATANG LAGI..
RAMADHAN DATANG LAGI....
Rasanya masih belum terlambat untuk kami, warga SKSKP 4 mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua murid dan Ibubapa.
"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."
Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:
"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith
Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.
Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.
Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.
Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.
"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan
Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.
Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:
Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.
Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.
Selamat Berpuasa dan wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)


