SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKSKP4


Powered by Blogger.

Thursday, September 23, 2010

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2010



Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2010 telah diadakan pada hari ini sempena berakhirnya bulan kemerdekaan 2010 dan En Syahrizal Jahaffar sebagai penyelaras bagi Program ini. Majlis telah dimulakan pada jam 8.20 am. Di mulai dengan bacaan doa oleh Cikgu Saufee. Seterusnya adalah ucapan alu-aluan dan ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar, En Abdul Razak B Mohd. Kemudiaan di ikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Majlis tamat pada jan 9.20 am setelah nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Tanggal 31 Ogos dinyanyikan.

Monday, September 20, 2010

MAKA BERMULALAH PERJUANGAN....

Peperiksaan UPSR sudah bermula. Setakat Jam 10.00 am, semua berjalan dengan lancar. Melihat riak wajah anak-anak didik yang bersemangat menjawab soalan di harap kejayaan menjadi milik mereka. Tiada apa yang di inginkan oleh tenaga pengajar SKSKP 4 selain daripada kejayaan yang cemerlang daripada mereka. Kepada semua ibubapa, marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan anak-anak didik kita. Di ketika ini, doa Ibubapa amatlah diharap-harapkan.
"Ya ALLAH Ya Tuhan yang menyempurnakan hajat dan yang mengangkat darjat, makbulkan permintaan kami pada hari yang penting dan bersejarah ini. Limpahkanlah anak-anak murid kami dengan khazanah ilmuMu, Sinarilah anak didik kami dengan cahaya nurMu, pandanglah mereka dengan limpah kasihMu. Lapangkanlah dada mereka dan janganlah Engkau sempitkan. Permudahkanlah segala urusan mereka dan janganlah Engkau persulitkan. Hiasilah anak-anak kami dengan azam yang kuat, semangat yang kental, akal yang cerdas dan daya ingatan yang tinggi. Hanya padaMu kami dan anak-anak kami memohon kejayaan, ketinggian dan kecemerlangan hingga kami dan mereka menjadi hambaMu yang memperolehi kemuliaan dunia dan akhirat. Berkatilah hidup kami semua dan restuilah perjuangan kami para guru demi memartabatkan agama, bangsa dan negara"
Alhamdullillah, tepat jam 12.20 tengahari, murid-murid telah selesai menjawab kertas soalan terakhir untuk hari ini, matematik kertas 2. Walaupun 15 minit terakhir terdapat sedikit masalah (gangguan tenaga elektrik), murid berjaya menghadapi dengan tenang dan sabar. Di harap murid dapat meneruskan momentum pada hari-hari yang seterusnya.Dan di harap gangguan seperti ini tidak akan berulang lagi pada hari esok dan seterusnya.Amin
22 SEPTEMBER 2010
Alhamdullillah, pada jam 9.15 am, murid-murid telah selesai menjawab kertas 1 Matematik. Daripada dapatan awal, reaksi positif telah diberikan. Petanda positif daripada anak-anak kita. Di harap ibubapa dapat mendoakan kejayaan mereka.
23 SEPTEMBER 2010
Alhamdullillah, tepat jam 3.45 petang, anak-anak kita telah berjaya menamatkan UPSR 2010. Di mana kertas terakhir adalah kertas ujian APTITUD TAHUN 6. Yang mana ujian ini merangkumi u jian IQ, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengenalpasti kecenderungan anak-anak kita.

Thursday, September 16, 2010

PEPERIKSAAN UPSR 2010


Peperiksaan UPSR 2010 akan bermula pada 21.9.2010 - 23.9.2010. Walaupun mood hari raya masih kuat terasa, anak-anak kita terpaksa berkorban demi mencapai kejayaan yang cemerlang. Inilah pengorbanan yang mereka telah berikan. Pihak sekolah berharap agar semua ibubapa dan kakitangan sekolah dapat bersama-sama mendoakan kejayaan anak-anak kita yang seramai 39 orang itu.
Peperiksaan akan dijalankan di bilik seminar SKSKP 4 di dalam suasana yang amat kondusif. Diharap murid-murid dapat menjawab soalan dengan tenang.