SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKSKP4


Powered by Blogger.

Sunday, February 28, 2010

Majlis Perpisahan Guru Besar & GPK Kokurikulum




Pada 25hb. Februari 2010 telah diadakan satu majlis ringkas bersempena pertukaran Cikgu Musa bin P. Mohidin, Guru Besar ke sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor dan Cikgu Ahmad Jais bin Omar, GPK Kokurikulum ke Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Majlis ini di adakan bagi memberikan kesempatan kepada murid-murid untuk menerima amanat dan pesanan terakhir daripada GB dan GPK Kokurikulum. GB dan GPK Kokurikulum telah memberikan ucapan terakhir kepada warga SKSKP4 untuk mencapai Misi dan Visi sekolah. Kata-kata semangat di suntik untuk dijadikan perangsang kepada murid tahun 6 yang bakal mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini supaya mencapai target yang telah di tetapkan. Saya mewakili guru-guru dan staf sokongan SK Seri Kota Puteri 4 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pihak atasan kami kerana telah banyak memberikan sumbangan kepada sekolah ini sepanjang khidmat mereka di sekolah ini. Jasa mereka tidak akan kami lupakan. Semoga mereka dapat menjalankan tugas di tempat baru dengan baik dan semoga maju jaya.

Tuesday, February 9, 2010

Cuti Tahun Baru Cina


Seperti yang telah diketahui, pada 14hb - 15hb Februari 2010 adalah hari cuti umum bersempena Tahun Baru Cina. Oleh itu, kita akan bercuti selama seminggu bermula 13hb Februari 2010 hingga 21hb Februari 2010. Pihak sekolah kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina samada dikalangan guru mahupun pelajar SKSKP4. Semoga tahun ini membawa rahmat dan keberkatan kepada semua.

Info Tahun Baru Cina:

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.