SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKSKP4


Powered by Blogger.

Tuesday, August 14, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Di kesempatan yang ada ini, dibulan yang penuh keberkatan ini, warga skskp 4 ingin merakamkan ucapan SELAMAT HARI YARA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN pada semua ibubapa/Penjaga murid SKSKP 4. Namun didalam kemeriahan menyambut kedatangan 1 Syawal ini, diharap pada semua tidak lupa pada semua aspek keselamatan terutamanya keselamatan anak-anak kita. Mereka ini adalah aset kita yang tidak ternilai harganya. Kepada para Ibubapa yang pulang ke kampung pula, pandulah kenderaan anda berhati-hati.Ingatlah kasih sayang keluarga anda. Kepada anak-anak tahun 6, di samping bergembira, jangan lupa pada tanggungjawab kita pada keluarga. Peperiksaan UPSR juga bakal menjelang tiba. Ulangkajilah pelajaran. Kami di sini sentiasa mendoakan keselamatan dan keselamatan anda semua. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2012

Majlis telah berlangsung di Dewan Seminar SK Seri Kota Puteri 4. Yang mana program ini telah disusun dan dipertanggungjawabkan di bawah penyeliaan Cik Raja NOrasnida Bt Raja Ibrahim. Walaupun dengan kekangan masa yang padat, Cik Raja telah memastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar. Program yang bermula seawal jam 10.30 dimulai dengan bacaan doa oleh En Parizal kemudian disusuli dengan nyanyian lagu Rasmi. Di ikuti dengan upacara perasmian oleh Guru Besar, En Abd Aziz B Mahmod.Di ikuti dengan program-program kemerdekaan yang lain. Di akhir program ini, pihak sekolah telah mengambil kesempatan menghulurkan bantuan berupa wang hari raya kepada murid skskp 4 sempena sambutan hari raya yang akan menjelang tiba.

Wednesday, August 1, 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012

Alhamdulillah...Peperiksaan Percubaan UPSR telah berjaya dilangsungkan pada 17-19 Julai 2012. Seamai 38 calon telah menduduki peperiksaan tersebut.Dan pada waktu ini, keputusan sudah di masukkan ke laman web Kementerian untuk di analisa. Kepada semua Ibubapa yang ingin menyemak keputusan bolehlah melayari laman web Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS)