SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKSKP4


Powered by Blogger.

Saturday, July 23, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN




Terdengarlah desiran dedaunan pepohon kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni dan rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani.
Maka berhiaslah bidadari sekalian lalu berdiri di atas puncak mercu syurga.
Lantas bertanya para bidadari " Apakah malam ini namanya? Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah?. Berkatalah para malaikat " Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan!"

Pengertian puasa
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Dalil Wajib puasa :
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:

Al-Quran:
Firman Allah s.w.t maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa".
(Surah al-Baqarah ayat 183)


Hadis:
Sabda Nabi s.a.w maksudnya : Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya ; "Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersempena dengan kehadiran Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan ini, beberapa aktiviti telah dirancangkan oleh pihak sekolah.
Antara aktiviti adalah seperti berikut
1. Majlis Tadarus Al Quran yanng terdiri daripada murid dan guru
2. Majlis Khatam Al Quran
3. Penghayatan Ramadhan
4. Majlis berbuka Puasa dan Solat Hajat UPSR 2011

Di kesempatan ini,Warga SKSKP 4 ingin mengucapkan selamat Berpuasa kepada semua murid dan Ibubapa. Semoga puasa kita mendapat keberkatan dariNya.Insyaallah.

MOTIVASI KECEMERLANGAN DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2011



Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tahun Enam dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKSKP 4. Program ini telah dilangsungkan selama 2 hari iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu. Murid terlibat adalah terdiri daripada murid tahun 5 dan Tahun 6. Pihak sekolah telah menjemput beberapa orang guru ddaripada daerah Pasir Gudang yang terdiri daripada Guru Cemerlang dan Guru Pakar bagi semua subjek teras. Pihak sekolah berharap agar program ini dapat membantu murid-murid menempuhi peperiksaan yang akan datang terutamanya bagi murid tahun 6 yang akan menempuhi Peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Majlis tersebut telah tamat pada jam 4.30 petang. Tahniah dan terima kasih kepada semua murid terlibat yang bersungguh-sungguh mendalami ilmu yang telah dicurahkan.

Sunday, July 3, 2011

TAHNIAH..RUMAH JATI JUARA LAGI...




Kejohanan Sukan sekolah telah dijalankan pada 2.7.2011. Di rasmikan oleh Tuan Guru Besar, En Abdul Razak B Mohd. Pada kejoahanan Olahraga ke 8 ini, rumah Jati telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan. Adik Slyvester Gika daripada rumah cengal pula dianugerahkan sebagai Olahragawan Terbaik dan Adik Wajihah sebagai Olahragawati 2011. Bagi pertandingan perbarisan dan khemah tercantik telah dimenangi oleh rumah cengal.
Tahniah kepada semua guru dan murid yang telah berjaya memastikan semua aktiviti dijalankan dengan lancar..

PROGRAM LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA




Pada 3.7.2010 seluruh sekolah di Malaysia telah menganjurkan larian secara serentak bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan. Lebih 3 juta murid dijangkakan menyertai larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang akan bermula secara serentak pada jam 7.45pagi.
Syukur kehadrat Allah SWT larian Serentak 1murid 1sukan 1Malaysia telah berjaya dijayakan di SKSKP 4. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Hjh Saadiah Bt Said yang telah sudi merasmikan program tersebut. Larian tersebut telah di mulakan tepat jam 7.45 pagi.