SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKSKP4


Powered by Blogger.

Wednesday, July 29, 2009

SELAMAT DATANG BULAN SYA'BAN

Kita sekarang sedang berada di bulan Sya’ban yang merupakan bulan persediaan sebelum menyambut ketibaan bulan Ramadhan al Mubarak, bulan di mana kita diuji keimanan oleh Allah s.w.t. untuk sama-sama melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Hanya bagi hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman sahaja berjaya lulus dalam ujian tersebut dan beroleh mendapat ganjaran syurga yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.Kerana itulah Allah s.w.t. mengatakan bahawa manusia akan diuji sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Ankabut ayat 2:
 

Maksudnya: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata: "kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?." 

Satu perkara lagi yang cukup penting di sini sebagaimana dinyatakan di awal tadi, bahawa kita sekarang berada di bulan Sya'ban dan telah menjadi kelaziman umat Islam di Malaysia, apabila tiba 15 Sya'ban atau pada malam nifsu Sya'ban, ianya disambut di pelbagai tempat sama ada di masjid, di surau dan sebagainya dengan tujuan untuk menghidupkan malam nisfu Sya'ban dengan membaca surah Yasin, tahlil, berdoa, ceramah dan sebagainya.

Kesemua ini merupakan amalan yang patut diteruskan serta perlu digalakkan sebagai satu dorongan dan ingatan kepada orang ramai, bahawa bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam hampir tiba dan mereka boleh membuat persiapan dan persediaan dengan mengerjakan amalan-amalan seperti puasa sunat, membanyakan membaca al-Quran, membanyakan bersedekah dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. melebihkan puasa sunatnya dalam sulan Sya'ban berbanding bulan-bulan yang lain. Berdasarkan sabdanya:

"عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ : مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَصُومُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ إِلاَّ أَنَّهُ كَانَ يَصِلُ شَعْبَانَ بِرَمَضَانَ."

Yang bermaksud: “Dari Ummi Salamah katanya: ''Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Sya'ban dan Ramadan.” 
(H.R. an-Nasa'i)


Berdasarkan hadis tersebut digambarkan kepada kita kelebihan dan keistimewaan bulan Sya'ban, amal ibadat perlu digandakan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang membanyakkan puasa sunat. Disamping Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa Allah s.w.t. sedia memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat. Antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan pada malam Nisfu Sya'ban:

1. Melakukan solat sunat dan solat tahjud.

2. Membaca al-Quran, sekiranya kita tidak mampu menghabiskan kesemuanya, sekurang-kurangnya kita membaca surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, al-Insan, al-Hashr, al-Muzzammil dan surah al-Muddathir.

3. Banyak beristighfar kepada Allah s.w.t.

4. Bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur. 

Yang bermaksud: "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, yang demikian ialah limpah kurnia Allah diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar".

 (Surah al-Hadid ayat : 21)

Tuesday, July 28, 2009

PENGUMUMAN PENUKARAN ALAMAT BLOG SEKOLAH

Sebagai satu langkah meningkatkan mutu BLOG sekolah, pihak pengurusan telah bersetuju menukarkan nama serta alamat kepada blog sekolah yang baru sekarang. Sebarang kesulitan kami memohon maaf.